Menu Terbaik Sarapan Untuk Si Pembina Otot

Anda nak bina otot? Rugi jika anda abaikan sarapan. Sarapan anda peru dilengkapi dengan protein yang banyak , karbohidrat dan lemak yang sihat bagi memberi tenaga dan membaiki tisu otot yang rosak selepas senaman. Ini antara cadangan menu yang saya boleh cadangkan kepada anda.

Cadangan 1:

– 12 biji telur
– satu scoop whey protein
– 1 mangkuk oatmeal
– 1 sudu mentega kacang almond
– 100g beri

Cadangan 2:

– 2 biji telur
– 2-3 putih telur
– 1 scoop protein
– 5g serbuk kayu manis
– sebiji pisang

Cadangan 3:

– 4 biji telur dibuat omelet dengan sayuran penuh.
– sayuran seperti cendawan butang, tomato, bayam, bawang putih dan bawang merah.

Namun ini hanyalah cadangan, terserah kepada anda untuk memvariasikannya. Apapun kira kalori anda jangan terlalu berlebihan. Dan jika anda ingin menambah berat pastikan kalori anda lebih dari harian. Tambahkan kalori dalam menu dengan buahan yang banyak kalori. Elakkan kalori seperti junk food atau fast food.

Entri Oleh: Fakhrul Islam

Komen Facebook