Minum BCAA Semasa Workout

BCAA bukan bahan yang asing dalam dunia bina badan. Rmai ingt BCAA suatu supplement yang ajaib ataupun wajib di ambil, sedangkan mereka hari-hari mendapat BCAA daripada pemakanan mereka. Malah, dalam whey anda minum pun ada.

Kalau begitu, apa fungsi anda beli BCAA? Sedangkan dalam whey pun dah ada, takkan nak menambah-nambah supplement nda guna sekarang? Lagilah poket menipis!

Sebab itulah nak beli supplement kena tengok bajet. Lihat dahulu apa yang anda kena beli dan utamakan yang itu. Ada bajet lebih, baru beli yang lain. Sebab itu juga saya kata supplement BCAA bukanlah wajib tetapi sangat membantu.

BCAA yang dijadikan sebagai stand-alone supplement memfokuskan pada 3 jenis asid amino utama. Kalorinya juga rendah, tidak seperti whey. Kiranya, anda mendapat kesan protein terbaik tanpa meningkatkan kemasukan kalori. Jadi, ini amat penting bagi yang cutting tetap bulking juga boleh gunakan.

BCAA boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Nak cantik lagi, gunakan semasa anda workout untuk membekalkan tenaga dan mempengaruhi kadar pemulihan otot. Dengan kata lain, meningkatkan sintesis otot dan membina saiz otot lebih besar.

Kalau anda ambil juga sebelum workout, kesannya akan meningkat berlipat kali ganda. Anda kena prioritikan kemasukan tenaga yang betul sebelum workout. Kemudian, masukkan tenaga itu juga semasa anda workout. BCAA akan meminimumkan peleraian protein dalam badan. Senang cakap, ia kurangkan kehilangan jisim otot.

Kalau sintesis protein anda lebih tinggi daripada peleraian protein, maka otot anda akn menjadi besar. Sebaliknya pula jika peleraian protein lebih tinggi daripada sintesis protein. BCAA sangat penting untuk meningkatkan sintesis protein bagi tujuan hypertrophy.

Entri: Aiman Radzi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *