Ramai yang bertanya kepada Admin, samada whey patut diminum sebelum atau selepas workout bagi memaksimumkan kenaikan otot. Soalan yang bagus, dan jawapannya juga ada bermacam-macam. Menariknya, tak ada yang salah kerana semua boleh pakai. Cuma, yang mana paling berkesan?
Whey sebenarnya tak sesuai dikira sebagai supplement. Ia patut dikira sebagai pemakanan biasa, makanan yang kita makan harian. Orang menggunakan whey untuk melengkapkan pemakanan mereka, lantas ia dipanggil supplement. Ia bukan ubat atau protein ajaib untuk membesarkan anda.
Masa yang sesuai untuk minum whey adalah bersama karbohidrat kerana ia akan tingkatkan penyerapan protein ke dalam sel otot. Ada kajian yang dilakukan (Admin tak ingat mana rujukan) untuk mencari yang mana lebih baik, samada minum whey sebelum atau selepas workout.
Dapatan mereka, kedua-dua cara akan menaikkan sintesis protein (maksudnya kenaikan otot ada) selepas workout. Tetapi, kumpulan yang meminum whey sebelum workout dapat tingkatkan protein sintesis lebih tinggi daripada kumpulan yang meminum selepas workout.
Antara sebab utama perkara ini berlaku adalah disebabkan kandungan leucine yang tinggi dalam whey yang dimasukkan sebelum workout. Leucine memang penting untuk pengaktifan suis binaan otot dalam badan. Dan, protein juga boleh digunakan sebagai tenaga semasa workout. Jadinya, minum protein sebelum workout memang berbaloi (1-2 jam sebelum bagi mengelakkan perut bergoncang semasa workout).
Adakah ini bermaksud anda tak patut minum selepas workout? Bukan sama sekali, seperti Admin nyatakan, whey adalah makanan biasa. Selepas workout, kita patut dapatkan full meal. Maka, anda boleh minum protein whey juga selepas workout bersama makanan lain (karbohidrat diutamakan) bagi mengisi semula glycogen yang hilang dalam badan semasa workout.
Whey apa yang Admin syorkan? Cuba gunakan whey daripada jenama Superior14 ataupun Tesla.
Layari Dee Gym Supplement untuk lebih banyak informasi padat dan berguna bagi membina badan impian anda!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)