Mitos-Mitos Besar Dalam Bina Badan

Mitos banyak bermaharajalela dalam dunia bina badan. Daripada mitos-mitos ini, muncullah pemahaman dan pandangan serong terhadap latihan di gym. Ini bukan benda yang baik dan kita sebagai individu yang gemarkan dunia besi haruslah pupuskan mitos ini daripada dunia kita! Apakah mitos yang Admin maksudkan?

 

1. Main Gym Waktu Muda Membantutkan Anda

Ini adalah mitos yang paling besar dalam dunia gym, di mana ramai percaya kalau anda mula berlatih semasa masih muda, malahan kalau kanak-kanak juga buat latihan rintangan, ia akan membantutkan pertumbuhan. Latihan gym dan kerterbantutan tidak mempunyai sebarang kaitan. Seseorang itu pendek bukan kerana ia main gym waktu muda, tetapi ia bergantung pada genetik. Malah, latihan bebanan dan rintangan yang ringan dilakukan pada awal usia mampu mempertingkatkan development seseorang individu itu.

 

2. Lemak Boleh Bertukar Jadi Otot Dan Sebaliknya

Ramai trainer keluarkan ayat seperti lemak boleh berubah jadi otot, dan kalau anda berhenti berlatih, otot anda pula boleh menjadi lemak. Kedua-dua ini adalah tidak benar kerana secara fisiologi, ia adalah mustahil. Dua benda ini adalah berbeza, lantas lemak tidak boleh bertukar jadi otot dan sebaliknya. Badan kita tidak suka simpan otot, tapi sukakan lemak. Apabila anda berhenti gym, otot anda tak hilang tetapi ia mengecil, dipanggil hypertrophy. Tak susah pun untuk anda dapatkan kembali badan anda yang lama kalau anda start workout balik.

 

3. Wanita Yang Pergi Gym Boleh Berketak Macam Laki

Wanita takut untuk ke gym, katanya nanti badan berketak macam lelaki. Ini juga adalah tidak benar sebab profil hormon antara wanita dan lelaki adalah berbeza. Hormon utama untuk bina badan tinggi pada lelaki tetapi tidak pada wanita. Melainkan wanita tersebut mengambil suntikan hormon testosteron, barulah wanita boleh nampak sado macam lelaki. Sebaliknya, wanita yang pergi gym akan kuatkan lagi otot mereka, otot mereka, dan tampak lebih fit berbanding wanita lain!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook