Nak tahu satu modifikasi termudah tapi memang mengancam jiwa biceps anda supaya mereka terpaksa membesar dengan lebih besar dan cepat? Admin kongsikan satu tip istimewa untuk penggemar arm day semua!
Cuba tengok gambar di bawah. Ini adalah cara biasa orang buat biceps curl.
Mereka mula dengan posisi tangan di sisi. Cara ini sememangnya betul dan tiada masalah bagi pelaku senaman ini. Macam mana nak jadikan ia lebih mengancam jiwa?
Anda cuma ubah posisi permulaan sahaja! Kalau orang mula dengan tangan di sisi, anda mula dengan membengkokkan tangan siap-siap. Maksudnya, angkat tangan ke paras dada (macam dalam gambar) atau angkat sahaja macam biasa untuk latihan biceps. Kemudian, tahan dalam posisi tersebut dan buat rep biceps sebelah-sebelah tangan. Tengok gambar di bawah untuk rujukan.
Cara ini menggunakan tekanan isometrik pada biceps anda. Ini akan meningkatkan tekanan metabolik dan seterusnya meningkatkan stimulasi hypertrophy otot. Tak perlu buat banyak-banyak, cukup 5-7 rep sebelah tangan untuk 2-3 set sahaja!