Okay, semua orang tahu yang senaman pull up ialah senaman penting untuk back. Lagipun, admin dah berapa kali nyatakan tentang perkara ini. Tetapi, kali ini ada sedikit kelainan.
Ramai ramai orang yang tidak melakukan pull up, alasan mereka adalah ia merupakan senaman yang bosan. Ada juga yang tidak melakukannya kerana mereka tidak mampu buat. Masalahnya, kalau anda tak mula buat, bila nak boleh buat?
Pull up merupakan senaman yang boleh bina kekuatan dan juga bina otot. Kalau anda boleh buat hanya 5-6 rep, jadilah ia senaman kekuatan. Kalau sampai 12-15 rep, maka jadi pula senaman bina otot.
Kali ini, admin akan ajar cara pull up yang membuatkan keseluruhan senaman buka back anda lebih berkesan. Orang yang hebat pull up juga akan mudah menyerah kalah apabila kita memperlahankan tempo. Buat ini di permulaan workout.
- Tarik badan anda untk pull up.
- Turunkan perlahan-lahan (4 saat).
- Buat sampai failure.
- Rep terakhir, buat separuh sahaja.
- Buat separuh sampai failure lagi.
- Dah failure, tahan posisi anda.
- Rasai regangan membakar sekarang di otot lats!
1 set sebegini sudah memadai untuk menjadikan otot lats anda berapi sepanjang workout back nanti. Buat dengan kerap dan anda akan lihat kenaikan otot lats tak diduga.
Entri: Aiman Radzi