Seorang yang berbadan besar atau yang berlebihan berat badan kebanyakannya apabila mencapai kesedaran mereka akan cuba berdiet. Namun, cara diet mereka yang kebanyakannya salah dan tergopoh gapah membuatkan mereka rasa tekanan dan berhenti untuk berdiet.

Sebenarnya untuk memulakan diet tidak perlu ditegah semua makanan, kerana keadaan badan kita yang sebelum ini masih lagi belum boleh membiasakan kekurangan makanan, kalori, gula, dan lemak. Jadi memulakan diet perlulah dengan langkah yang tidak terlalu gopoh.

Artikel ini membincangkan tentang 3 cara mengelak kalori yang tidak perlu bagi anda yang baru memulakan diet anda.

1. Hidangan seperti balik ke kampung

Satu sebab mengapa masakan di kampung adalah masakan yang dirindui dan berselera adalah kerana ianya sedap. Sedap di sini bermaksud yang memasak itu tidak teragak untuk menggunakan minyak yang banyak, perasa , butter dan banyak lagi bahan.

Walaupun hidangannya adalah seperti sayur, namun apabila dicampur dengan minyak yang banyak kalorinya akan bertambah dan menjadi kurang sihat.

Suatu kajian di dalam “journal of meat science” mengatakan bahawa burger yang dibakar boleh mengurangkan separuh gram lemak tetapi bertambah 3.5 gram jika dimasak dengan minyak sayuran. Dan jika anda menggunakan minyak masak berkali-kali ianya akan menambahkan 100 kalori tambahan dalam badan anda.

Sebagai solusi, gunakan minyak tanpa lemak atau gunakan rempag atau herba untuk membuatkan makanan anda lebih rasa dan sedap.

2. Kekalkan rasa dan warna kopi atau teh

Rakyat malaysia sangat menggemari dua minuman ini. Kerana itu mereka sangat kreatif mencampurkan apa-apa bahan tambahan untuk menyedapkan dua minuman ini. Yang menjadi masalah bukanlah pada kopi mahupun teh ini tetapu pada bahan tambahan yang dimasukkan seperti gula, susu pekat, krimer manis dan sebagainya.

Rasa manis yang ditambah ini tidak lain hanya menambahkan kalori anda dan membuatkan anda cepat lapar.
Solusinya anda boleh menggantikan gula dengan susu rendah lemak atau pemanis rendah lemak.

3. Gula dalam tin/botol

Air di dalam tin/botol tidak akan menjadi masalah melainkan kandungan gula di dalamnya yang melebih 50 gram. Ini akan menyebabkan gula dalam darah akan meningkat dan ianya tidak bagus. Ia akan mempercepatkan penyingkiran sejumlah besar insulin yang membuatkan anda akan berasa lapar dengan cepat. Tenaga anda akan cepat berkurang di samping saat meminumnya kita bertambah tenaga. Kejadian ini akan membuatkan kita berasa ingin makan dan makan.

Solusinya, carilah minuman tin yang tiada gula atau diet soda.

Entri oleh: Fakhrul Islam