Ramai yang tengah alami masalah ini, terutamanya yang tengah bulking. Mereka nak kempiskan perut tetapi terasa susah walaupun tengok muscle badan main naik. Macam mana tahu badan naik? Saiz biceps makin besar, baju makin ketat di tangan dan dada, forearm nampak padu, seluar jeans tak muat bahagian peha, dan lain-lain.
Ini adalah perkara normal di mana diet anda berkemungkinan besar (dan berani jamin) berada dalam komponen surplus. Maksudnya, nilai kalori anda makan adalah lebih tinggi daripada keperluan. Jadi, dengan latihan yang anda buat, anda sedang membina muscle (benda baik) tetapi perut tak kempis-kempis.
Kenapa perut tak mengecil walaupun dah buat senaman abs?
Anda kena faham dahulu, senaman abs tak mengecilkan perut, malah lebih besar dan tebal ada lah! Sebabnya, senaman membina otot, dan otot yang dibina akan meningkatkan saiz. Cara untuk kempiskan perut adalah melalui diet kalori defisit, iaitu nilai kalori anda haruslah rendah daripada keperluan.
Cuma, ia akan jadi kontra. Anda nak bina otot, anda kena berada dalam surplus. Tapi, kalau anda nak bakar lemak, anda kena berada dalam defisit. Mana boleh buat dua-dua? Meskipun ada yang percaya anda boleh bakar lemak dan bina otot dalam masa sama, ia adalah matlamat yang sukar sebab diet anda mesti mantap 100%. Ramai kata anda boleh buat, kena defisit sedikit sahaja daripada keperluan (dalam 100-200kcal defisit).
Apa yang Admin nak ceritakan di sini, muscle naik adalah perkara bagus, tetapi jangan pelik kalau perut anda tak kempis semasa anda cuba untuk naikkan badan. Orang yang baru mula memang senang nak buat dua-dua sekali gus sebab badan mereka sangat baru dengan stimulasi latihan. Yang dah lama tak ada kelebihan ini.
Kalau anda nak naikkan muscle, anda kena buat surplus kalori. Nak kurus, kenalah defisit kalori harian anda dan konsisten dengan diet. Paling cantik anda buat bulking 3 bulan, cutting 1 bulan. Ini adalah cara agresif tapi diakui berkesan oleh orang ramai.
Ada dua supplement yang Admin sarankan sepanjang masa. Ia adalah whey dan juga BCAA. Kedua-dua ini boleh didapati di Dee Gym Supplement dan cawangan-cawangannya!