Semua orang mahukan hasil yang cepat. Mereka nak jadi cepat sado, cepat kurus, cepat shredded, semuanya pasti nak cepat. Benda normal-lah, manusia memang begitu. Selagi ada cara yang paling cepat, itulah pilihan kita. Kalau benda bermanfaat dan selamat, tak mengapa. Ini yang datangkan mudarat!

Hasil yang cepat sangat sebenarnya tidak bagus sebab hasil yang anda dapat itu tidak semestinya berkualiti. Buat apa dapat yang cepat kalau ia sebenarnya tidak mendatangkan sesuatu yang berbaloi? Ketika anda naik terlalu cepat setiap bulan, anda sebenarnya menaikkan lemak, bukannya otot. Anda nak sado berotot atau gemuk berlemak?

Sebagai contoh, kalau anda naik cepat sangat, sebenarnya anda menaikkan jisim lemak. Kalau anda jadi kurus cepat sangat, anda pula sedang menipiskan otot. Apa guna lagi kalau jadi besar tapi gemuk atau kurus tapi keding? Di sinilah anda kena bertegas dengan diri. Jangan beri alasan seperti “tak apa, aku tengah bulking” untuk menutup kesilapan anda yang menjadikan anda gemuk.

Oleh itu, sasaran terbaik untuk anda guna bagi menaikkan otot atau membakar lemak ialah sekadar 2KG sahaja dalam sebulan. Ia adalah purata terbaik untuk memastikan anda dapat naikkan otot dengan minimum lemak atau bakar maksimum lemak dengan minimum penguraian otot. Orang kata, biar lambat sedikit asal selamat. Apa yang lambatnya? 2KG sebulan, kalau dah 10 bulan?

Guna whey untuk dapatkan protein berkualiti tinggi. Whey mempunyai nilai kalori yang rendah, jadi ia mengelakkan diri daripada terlebih naik berat badan. Mass pun boleh digunakan jika anda kesibukan masa untuk mendapatkan kalori yang mencukupi. Anda boleh dapatkannya daripada kami di Dee Fitness!