Ramai yang masih mengambil isu ini adalah isu berat yang perlu diselesaikan. Iaitu berkaitan masa terbaik mengambil protein. Sebenarnya isu ini tidaklah begitu penting berbanding isu isu lain berkaitan pertumbuhan otot. Kerana pengambilan protein ini adalah fleksibel, tiada masa yang khusus. Namun, di sini saya kongsikan juga antara masa-masa terbaik yang mungkin membantu pembaca-pembaca.
Sebelum workout
Mengambil protein sebelum workout adalah termasuk dalam pilihan yang baik kerana ia boleh menjadi makanan post workout anda. Ia adalah persediaan untuk anda untuk membaiki otot-otot yang koyak semasa anda workout nanti. Namun, tidak semua keadaan. Apabila anda perlu melakukan senaman seperti HIIT atau cardio, pasti mengganggu perut anda jika anda mengambil protein shake ini.
Selepas workout
Selepas workout adalah masa yang baik untuk anda mengambil protein shake ini. 30-45 minit selepas workout adalah masa yang terbaik untuk anda isi protein anda. Selepas melakukan senaman, kadar pemecahan protein anda akan berlaku melainkan anda mengisi protein anda. Ia akan lebih memberi kesan kepada pertumbuhan otot.
Sebelum tidur
Mengambil protein sebelum tidur dikaitkan dengan pertumbuhan otot dan kehilangan lemak. Ini kerana badan anda di dalam keadaan rehat. Dan otot-otot dalam keadaan yang kendur membuatkan protein yang masuk mengelakkan hilangnya otot-otot selepas pada hari tersebut. Namun pada waktu ini, lebih sesuai jika anda mengambil casein berbanding protein kerana casein lebih lama untuk dihadam. Manakala protein shake tidak memerlukan masa yang lama untuk diserap dan hadam.