Tak asing lagi nama ini dengan dunia bina badan. Menjulang nama Mr Olympia 7 kali sebelum beliau bersara dan juga membintangi filem-filem pecah panggung, beliau adalah hero kepada ramai individu di dunia. Siapakah yang Admin maksudkan ini? Tak lain dan tak bukan, the one and only, Arnold Schwarzenegger!
Arnold dikira sebagai motivasi dan inspirasi kepada orang ramai. Kesungguhannya untuk memenangi Mr Olympia dan menjadi yang terbaik dalam sukan tersebut membuatkan ramai lagi berasa berkobar-kobar untuk mengejar impian mereka dalam membina badan. Malah, ia bukan sahaja memetik api semangat bina badan, ia turut mengajar ramai orang akan erti “tidak mudah mengalah”.
Kenapa Arnold disabitkan sebagai salah seorang yang terbaik dalam dunia bina badan? Kalau anda masih bertanya soalan begitu, mungkin anda terlalu baru dalam dunia ini. Dah tengok atau belum badannya? Kalau belum, Admin mohon sangat-sangat untuk Google dan tonton juga filem Generation Iron!
Ketahanan Arnold Dalam Latihan
Semasa berlatih di gym, Arnold dikenali dengan latihannya yang mencabar ketahanan otot. Ada satu ketika Arnold keluarkan quote sebegini (dan Admin terjemahkan terus), “3-4 rep terakhir itulah yang membesarkan otot. Bahagian ini yang membahagikan antara champion dan yang bukan champion. Mereka kekurangan mind set untuk terus tahan derita dan harungi sahaja”.
Macam itulah bunyinya kalau Admin sendiri yang bercakap. Mana tahu nanti boleh jadi Arnold Melayu, ke? Ceritanya, Arnold suka cabar diri untuk buat lebih banyak rep dan tahan pedihnya otot semasa repping-repping terakhir. Pernah rasa nak menjerit semasa buat apa-apa senaman? Sekarang, dalam pada rasa nak menjerit, anda tahan lagi dan buat 3-4 rep terakhir yang melepasi garisan “jerit” anda. Itulah kegemaran cara latihan Arnold. Nak tengok dalam cerita Generation Iron, rakan-rakan Arnold dulu yang rebah kalau ikut dia berlatih.
Bagi Arnold, semakin kerap anda berlatih, semakin cepat otot anda membesar. Hatta, beliau suka berlatih setiap kumpulan otot hampir 3 kali seminggu. Atas dasar apa? Apabila anda kerap berlatih, anda akan meningkatkan sintesis protein anda. Ibarat kata, badan anda dipaksa untuk memperbaiki otot-otot yang rosak semasa latihan dan ini menjadikan mereka lebih besar. Rehat antara set juga amat strict kalau ikutkan latihan Arnold.
Meskipun Arnold menggunakan steroid untuk membina badan, ini tidak mengubah yang cara latihannya berkesan untuk dirinya dan boleh diadaptasikan untuk kita. Tekanan metabolik adalah misi kita untuk membina badan. Selepas ini, apabila anda berlatih dan anda dah rasa tak boleh nak repping lagi dalam set senaman anda, tahan sikit lagi dan paksa 3-4 rep terakhir untuk jadi seorang champion (bak kata Arnold)!
Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)