Apakah perbezaan melakukan bench press dengan barbell atau dengan dumbbell? Mestilah ada perbezaan! Jika tidak, mana orang nak cipta alat berbeza ini.

Perbezaannya dapat dilihat daripada beberapa perkara. Daripada perbezaan ini juga, kedua-dua alat ini mempunyai kelebihan masing-masing. Malah, ia bukan sahaja untuk bench press, semua senaman pun sama.

Range Of Motion

Range of motion (ataupun ROM) ialah julat pergerakan anda. Semakin besar ROM yang anda gunakan, semakin banyak otot yang diaktifkan. Barbell menyekat ROM sedikit kerana batang besi akan berlanggar dengan badan, manakala dumbbell membenarkan ROM yang lebih (kerana anda boleh turunkan lebih lagi).

Core Activation

Dalam variasi senaman yang menggunakan dumbbell, core anda akan lebih aktif berbanding variasi barbell kerana badan anda perlu imbangkan bebanan kiri dan kanan. Sebenarnya, lebih mudah untuk imbangkan barbell walaupun berat berbanding dumbbell. Apabila core anda aktif secara overdrive (ataupun kerja lebih masa), maka tenaga pun akan banyak dipakai. Bebanan pun tak boleh pakai seberat mana.

Progression

Anda lebih mudah untuk tambahkan bebanan anda guna dengan variasi barbell berbanding dumbbell. Menambahkan 5kg pada barbell adalah lebih mudah daripada menambah 5kg pada dumbbell. Ini berbalik pada sebab kita yang kedua tadi. Apabila anda sukar untuk tambahkan bebanan, maka susah juga untuk dapatkan progression.

Kalau anda perhatikan sebab-sebab ini, kita boleh konklusikan yang barbell lebih sesuai untuk bina kekuatan manakala dumbbell pula untuk bina otot.