Situasi anda yang sibuk mungkin membantutkan matlamat dan keinginan anda untuk mendapat bentuk tubuh idaman. Bagi setiap lelaki dada yang bidang dan tebal amat diidami namun tidak semua yang mampu lakukan kerana kekangan masa.

Anda tidak perlu risau kerana saya akan kongsikan 3 senaman mudah tetapi hasil yang maksima hanya di rumah tanpa menggunakan alatan di gym.

1. Push up

Mengapa saya letakkan senaman ini yang utama kerana ini adalah senaman asas membina semua jenis otot terutamanya dada. Anda kena ingat senaman asas adalah penentu kepada semua jenis senaman cabang yang lain. Jika anda mengabaikan senaman asas, kemungkinan besar otot anda akan sukar mengalami tumbesaran.

Push up ini juga membentuk bahagian tengah dada anda di mana bahagian ini amat mudah dibentuk dengan beberapa kali push up. Lakukan dengan 10-20 reps pada 3-5 set. Dan anda harus ingat, lebarkan sedikit tangan anda untuk mengenakakn tekanan yang maksima pada dada anda.

2. Chest fly

Senaman ini adalah senaman isolation yang perlu dilakukan selepas senaman push up. Anda hanya perlukan botol 1.5 liter atau 5.5 liter. Caranya anda hanya perlu baring dan memegang botol tersebut dengan sebelah tangan dengan stabil. Dan angkat botol itu ke atas sama seperti anda melakukan bench press. Di situ anda akan merasakan otot dada anda mengembang dan menguncup.

3. Chair push up

Push up jenis ini mengenakan bahagian atas dada anda iaitu di bahagian clavicular head. Bahagian ini amat degil untuk membesar. Jadi dengan senaman ini anda mampu membentuknya. Caranya anda hanya perlu meletakkan kedua kaki di atas kerusi dan tangan di lantai. Dan lakukan push up seperti biasa di mana anda akan merasakan bahagian atas anda sedikit tekanan.

4. Reverse grip chair push up

Senamab ini juga mengenakan bahagian atas dada. Apa yang anda perlukan hanyalah dua buah kerusi. Tangan kanan di kerusi kanan dan tangan kiri di kerusi kiri. Anda harus memusingkan tangan anda dan itu yang dinamakan reverse dan kaki dan di lantai. Tekan ke bawah dengan jarak tangan yang rapat. Anda akan rasa otot dada anda seperti berapi.

Entri Oleh: Fakhrul Islam