Nak Guna Creatine Semasa Cutting?

Creatine selalu dikaitkan dengan penyerapan air ke dalam otot. Ini membuatkan anda nampak sikit sebu. Ramai guna creatine semasa bulking dan ramai pula yang berhenti guna apabile hendak cutting. Tapi sebenarnya, perlukah anda berhenti guna creatine kalau nak cut?

 

Penggunaan creatine sangat bermanfaat untuk membina badan. Ia akan bantu anda untuk tingkatkan kekuatan, tenaga, pemulihan, dan juga hypertrophy otot. Cumanya, penyerapan air ke dalam otot akan buat anda nampak kurang shred sedikit sebab hilang urat-urat di permukaan kulit.

 

Tetapi, ini tidak bermakna anda patut berhenti guna creatine. Anda kena faham, cutting bertujuan untuk menurunkan berat badan melalui pembakaran lemak. Mereka yang cutting dan “buang air” adalah untuk menyertai pertandingan. Kalau anda cutting untuk diri anda sahaja, tak perlu risau pasal hilang urat bagai, sebab itu bukan lagi prioriti anda semasa ini.

 

Banyak kelebihan kalau anda guna creatine semasa cutting. Salah satunya adalah kebolehan untuk anda kekal main berat lantas megekalkan jisim otot. Anda kena faham lagi, cutting memerlukan defisit kalori dan ia cenderung untuk membakar otot juga jika anda tak main seberat masa anda bulking. Ramai silap, waktu cutting main ringan banyak rep. Kalau anda nak kekalkan saiz otot dan bakar lemar, anda kena main sama berat atau lebih berat daripada waktu bulking dahulu. Creatine membantu anda untuk mencapai matlamat ini.

Komen Facebook