Antara persoalan yang sering ditanya berkaitan diet dan penyediaan makanan, iaitu berkaitan penggunaan jenis minyak. Sememangnya, kita tahu minyak mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Selaras dengan itu, jumlah kalori per sudu mereka juga agak tinggi. Tetapi, adakah ini yang perlu kita risaukan? Apa sebenarnya perbezaan penggunaan minyak zaitun untuk memasak dengan minyak masak biasa?

Memang ada perbezaan, dan mereka yang guna minyak zaitun mungkin akan dapat hasil lebih baik daripada pengguna minyak biasa. Tetapi, semua ini bergantung juga pada pemakanan harian. Minyak tidak melambangkan apa-apa. Sekadar guna minyak zaitun tetapi makan tak jaga, akan fast food sana dan sini, pun tiada gunanya. Sama dengan yang guna minyak masak biasa tetapi disiplin diet tip-top, hasilnya akan jadi lebih baik daripada orang lain.

Apabila membeli minyak untuk memasak, lihat pada 2 benda di bahagian isi kandungan, iaitu lemak tepu dan trans fat. Kalau boleh, ambil yang paling rendah lemak tepu, dan paling penting ialah tiada trans fat! Itu yang paling perlu dielak dalam apa-apa makanan sekali, iaitu trans fat.

Sebenarya, tak kesah guna minyak apa sekali pun, pemakanan anda yang kena jaga untuk mendapatkan hasil yang berbaloi. Minyak masak biasa sudah memadai daripada membeli minyak zaiton atas beberapa fakor:

  1. Kewangan
  2. Motivasi
  3. Konsistensi

Minyak zaitun memang banyak membantu, tapi ia turut membantu untuk mempercepatkan penipisan dompet anda. Ini mendorong kepada sifat tidak konsisten menggunakannya. Maksudnya, bila ada duit baru beli, kalau tak ada, maka tak ada lah! Kalau dah begini jadinya, motivasi anda akan merundum kerana anda fikir tak dapat beli minyak zaitun, susah untuk diet. Semua akan membawa kepada kegagalan mengejar impian fitness. Tak bermaksud minyak zaitun tak bagus, tetapi jangan khuatir untuk menggunakan minyak masak biasa untuk pilihan yang lebih praktikal.

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)