Main gym memang menyakitkan. Tangan anda akan mempunyai kesan-kesan tekanan besi. Jangan risau, tapak tangan mereka yang main gym memang tak cantik dah. Melainkan kalau anda workout tak konsisten, memanglah tangan cantik!

Jadi, ramai yang menggunakan sarung tangan untuk menjaga tangan mereka. Ada yang menggunakan jenis nylon, ada yang guna jenis kulit. Yang mana satu bagus?

Bagi Admin sendiri, lebih baik anda gunakan lifting strap berbanding sarung tangan yang tak bawa manfaat prestasi yang lain. Sarung tangan hanya mengurangkan geseran ada tapak tangan, walhal kesan geseran ini yang membuatkan genggaman lebih padat.

Nak guna lifting strap juga ada syaratnya. Tahu atau tidak, bertangan kosong untuk fasal awal latihan akan membantu anda untuk jadi lebih kuat dan juga membantu kondisi badan supaya risiko kecederaan dapat dikurangkan. Melalui genggaman sahaja, anda boleh aktifkan keseluruhan otot dari jari sampai ke kaki.

Bagaimanakah ini berlaku? Kesan ini dikenali sebagai irradiation effect di mana pengaktifan otot tangan secara maksimum membantu pengaktifan otot yang lain. Paling penting sekali, apabila otot lain turut berkerja sevara maksimum, anda dapat kurangkan risiko kecederaan, lebih-lebih lagi pada sendi bahu.

Penggunaan lifting strap lebih baik daripada sarung tangan kerana lifting strap membantu dalam mengangkat bebanan jauh lebih berat daripada bebanan biasa anda gunakan. Syarat untuk gunakan strap ialah, anda kena kuat dahulu tanpa gunakan strap. Kemudian, set-set warm up anda juga hendaklah dilakukan tanpa strap. Apabila anda berlatih dan halangan anda hanyalah genggaman yang belum cukup kuat untuk bebanan lebih tinggi, barulah gunakan lifting strap.

Entri: Aiman Radzi