Nak Jadi Fit Untuk Tahun Baru? Baca Tip-Tip Ini!

Tahun baru menjelang tiba. 2017 telah melabuhkan tirai, 2018 pula menyuakan tangan. Terpulang pada kita untuk mengukir perjalanan hidup kita di tahun baru ini!

 

Ada yang memasang niat untuk menjadi pekerja yang lebih produktif. Ada pula yang ingin mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan. Bagi penggemar fitness, semestinya ramai memasang niat untuk mula pergi ke gym dan jadi lebih fit, bakar lebih banyak lemak, dan bina otot yang lebih besar.

 

Jika anda mempunyai sasaran seperti itu, maka tip-tip ini akan membantu anda di masa akan datang!

 

1. Keluar Petang 3 Kali Seminggu

Kurangkan tidur di rumah pada waktu petang, pergi jalan-jalan ambil angin di sekitar taman. Admin tak minta anda berlari, cuma berjalan sahaja sambil menikmati pemandangan. Kalau anda boleh keluar pagi (bagi yang tidak berkerja), itu adalah lebih baik!

 

2. Mula Masak Secara Sihat

Nak cuba berjimat untuk tahun baru? Letak azam untuk memperbanyakkan masakan sendiri dan kurangkan makan di luar. Kemudian, kurangkan menggoreng (anda boleh jimat minyak masak di sini) dan lebihkan merebus, membakar, dan lain-lain. Ada banyak resepi sihat dalam lama internet, cari sahaja!

 

3. Sertai Program Kesihatan

Sekarang, sudah ada banyak program-program kesihatan ditawarkan kepada orang awam. Tidak kira itu adalah program aktiviti fizikal ataupun program ilmu fitness, join sahaja sebab anda akan dapat pengalaman dan ilmu baru untuk membantu anda dalam perjalanan 2018 ni.

 

4. Banyakkan Senyum

Mungkin anda rasa tak ada kena mengena, tetapi sebenarnya senyum mampu buat anda rasa tenang dan ini akan berkait rapat dengan rembesan hormon dalam badan. Tahukah anda, tekanan ataupun stress akan merangsang rembesan hormon kortisol yang sangat tidak digemari untuk kehidupan fit dan cergas?

 

5. Cari Partner Fitness

Admin faham kalau anda rasa susah untuk mulakan langkah seorang diri. Jadi, apa kata anda ajak kawan anda yang ada misi yang sama dalam fitness? Jadi, sama-sama akan naik dan kalau ada yang turun, yang lagi seorang boleh hulurkan tangan untuk bantu naik semula.

 

6. Tukar Selera

Pernah rasa bosan tak dengan latihan fitness anda? Kalau anda biasa buat sejenis sahaja seperti berjogging ataupuna angkat besi sahaja, apa kata anda cuba benda lain seperti latihan strongman, boxing, crossfit, dan macam-macam lagi? Tukar selera boleh buat anda bermotivasi kembali!

 

7. Tukar Mindset

Ingat, fitness bukannya destinasi, tetapi ia adalah pengembaraan yang tiada henti. Maksud Admin, jangan jadikan fitness sebagai trend di awal tahun sahaja. Kekalkan momentum dengan konsistensi latihan. Motivasi hanya penggerak, tetapi anda sendiri yang kena berlatih meskipun hati kata malas.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook