Nak Jadi Kurus? Bina Otot Dahulu!

Siapa yang biasa baca blog Dee Gym Supplement pasti akan tahu yang kami sentiasa sarankan untuk anda bina otot supaya boleh bakar lebih banyak lemak. Bagaimana lebih banyak otot boleh bakar lebih banyak lemak?

Kenaikan otot boleh menaikkan metabolisme badan, tetapi tidaklah setinggi yang disangkakan. Kenaikan 2kg otot hanya meningkatkan pembakaran kalori sebanyak 30-50kcal sahaja. Bukankah perubahan atau kenaikan yang begitu drastik. Dan ambil perhatian, ini adalah kenaikan berat otot. Naik berat badan tidak semestinya naik, anda boleh naik lemak dan juga naik air.

Jadi, kenapa anda perlu bina otot untuk jadi kuru? Ia berkaitan dengan dua perkara, iaitu kebolehan untuk berlatih dengan intensiti yang lebih tinggi dan kebolehan untuk menyimpan lebih banyak glikogen sebelum ia menjadi lemak.

Apabila anda boleh berlatih dengan intensiti yang tinggi, anda akan membakar lebih banyak kalori. Intensiti bermaksud senaman anda lakukan semakin susah dari semasa ke semasa. Anda boleh naikkan intensiti melalui penambahan bebanan, jumlah repitisi, variasi senaman, dan lain-lain. Pembakaran lebih banyak kalori boleh mendorong kepada pembakaran lemak yang lebih efektif.

Otot yang banyak juga membenarkan badan kita untuk menyimpan lebih banyak tenaga. Bagi yang tidak tahu, sumber tenaga utama badan kita adalah karbohidrat ataupun gula. Apabila kita makan karbohidrat, biarkan tersimpan di dalam beberapa sel dan antaranya ialah sel otot. Apabila sudah penuh maka ia cenderung untuk disimpan sebagai lemak. Maka, apabila anda menambah jisim otot, anda memperlebarkan tangki untuk penyimpanan tenaga begini. jadi lambat sedikit lah karbohidrat akan disimpan sebagai lemak.

Memakan lebih banyak karbohidrat sangat penting dalam proses bina badan kerana ia merupakan tenaga utama dan juga membantu dalam rembesan hormon-hormon penting untuk bina badan. Ia juga membantu dalam mengurangkan kortisol (sejenis hormon yang dikira sebagai anti bina badan).

Bagi yang bermasalah kencing manis, otot mereka tidak mempunyai sensetiviti kepada insulin yang bagus. Jadi, dengan melatih otot menjadi lebih kuat dan besar, ia turut melatih otot tersebut untuk lebih sensitif kepada insulin. Maksudnya apa? Apabila ia menjadi lebih sensitif, otot akan jadi lebih mudah untuk menyerap karbohidrat. Pesakit diabetes kurang dalam kebolehan ini, menyebabkan banyak gula tersimpan dalam darah mereka.

Entri: Aiman Radzi

@DeeGymSupplement

#DeeGymSupplement

Komen Facebook