Apabila kita sebut kardio sahaja, kita akan kaitkannya dengan pembakaran lemak. Biasalah, itu adalah tanggapan norma rakyat, dan ia tidak salah! Cuma, bagi abang sado, kardio agak dikhuatiri kerana risaukan otot mereka terbakar. Dan, ia boleh terjadi kalau anda berkardio setiap hari.
Kardio macam mana tu? Salah satunya adalah seperti berjogging setiap hari melebihi 1 jam untuk 1 sesi latihan. Yang ini boleh menyebabkan otot anda sekali terbakar, bukan sahaja lemak. Jadi, macam mana anda nak buat kalau nak kardio juga untuk membakar lemak?
Admin selalu kata pasal kardio berintensiti tinggi, tetapi kardio begini tak sesuai juga buat tiap-tiap hari. Nanti ia boleh ganggu prestasi latihan bebanan di gym juga. Kalau nak buat tiap-tiap hari, buat yang rendah intensiti seperti berjalan sahaja di atas treadmil untuk 45-60 minit. Yang ini boleh lagi buat tiap hari atau selang sehari (lebih baik).
Selain daripada membakar lemak, ia adalah pembina stamina yang bagus dan membantu pemulihan otot. Jangan ingat berjalan tak mendatangkan faedah. Kalau tidak, takkan wujudnya program seperti 10 Ribu Langkah Sehari. Berjalan sudah memadai kerana banyak faedah kepada kesihatan.
Jadi, bagi abang sado yang tetap nakkan kardio, amalkan kardio berintensiti tinggi sebanyak 1-2 kali seminggu, dan kardio berintensiti rendah seperti berjalan sebanyak 2-3 kali seminggu. Boleh buat setiap hari kalau rasa mampu dan nak bakar lebih kalori. Admin bagi cadangan 2-3 kali adalah bagi mereka yang berselang-seli dengan latihan bebanan. Kalau anda amalkan 5×5 Stronglift, boleh pergi ke gym untuk kardio begini pada rest day.
Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)