Nak Kena Cepat Balik Dari Gym? Gunakan Tips Ini!

Hanya disebabkan kita tergesa-gesa untuk habiskan workout di gym, tidak bermakna kita tak boleh workout dengan baik. Jangan jadikan itu alasan kerana apabila anda dah mula ponteng workout, mudah untuk anda ponteng lagi.

Semua orang pernah mengalami kesuntukan masa. Masa baru sampai ke gym sahaja, mungkin isteri telefon suruh beli barang. Atau, bos pula suruh buat kerja itu ini. Kacau betul, tapi nak buat macam mana? Jangan risau, gunakan tips ini untuk tetap dapatkan workout terbaik!

1- Sentiasa Ada Plan B

Waktu tengah sibuklah ramai orang datang ke gym sampai semua mesin anda nak guna kene tunggu dahulu, kena beratur. Ini dah memakan masa, walhal anda dah kekurangan waktu. Nak buat macam mana? Anda kena ada backup plan, ataupun variasi senaman lain.

Sebagai contoh, kalau ada orang guna bench press, anda boleh cuba buat chest press ataupun daripada guna barbell, terus gunakan dumbbell atau mesin. Ada orang guna leg press? Buatlah goblet squat kalau macam itu.

2- Buat Banyak Superset

Ini antara penyelamat orang ramai apabila mereka nak cepat habiskan workout mereka. Anda menggabungkan senaman-senaman untuk dilakukan back-to-back. Apa makdudnya? Anda tak berehat antara senaman-senaman itu.

Superset adalah antara teknik intensifikasi, iaitu untuk menyusahkan lagi senaman anda buat. Apabila makin susah, maka anda tak perlukan banyak masa dengan latihan.

3- Kurangkan Rest

Apa lagi yang mengurangkan masa workout anda? Paling mudah adalah dengan mengurangkan masa rehat antara set. Tak perlu kurangkan banyak, cukup kurangkan 10-15 saat sahaja.

Mengurangkan rest time antara set juga merupakan teknik intensifikasi yang membantu kenaikan otot dan merangsang hypertrophy. Rehat lama lebih kepada untuk membina kekuatan. Anda juga akan rasa tahap fitness anda meningkat dengan mengurangkan masa rehat.

Entri: Aiman Radzi

@DeeGymSupplement #DeeFitness

Komen Facebook