Tidur memainkan peranan penting dalam pembinaan otot. Ia adalah masa untuk memulihkan kecederaan mikro yang berlaku semasa latihan. Masslahnya, ramai tak cukup tidur, menjadikan latihan mereka tidak berkesan.
Bukan sahaja ia penting untuk pemulihan, tetapi ia juga penting untuk memastikan tenaga serta fokus anda adalah 100% semasa latihan nanti. Pernah rasa lemau di gym? Kemungkinan anda tak cukup rehat, sebenarnya.
Jadi, berapa lama anda kena tidur untuk memastikan keberkesanan latihan dan pemulihan otot terbaik? Durasi yang bagus ialah dalam 8-9 jam sehari. Tetapi, ia bukan bermaksud anda wajib tidur malam 8-9 jam. Tak semua orang mampu dek kerana kesibukan kerja dan hal keluarga.
Tidur di sini bermaksud rehat dalam sehari. 8-9 jam satu malam mungkin sukar untuk dapat, tetapi 8-9 jam sehari sepatutnya tiada masalah. Anda boleh tidur tengahari, dapatkan rehat sebentar pada waktu petang. Rehat tidak semestinya tidur. Rehat ialah apa-apa sahaja yang menenangkan fikiran anda. Tidur pun tak semestinya berehat. Ada yang tidur, bangun-bangun bertambah stress.
Pastikan anda dapat rehat yang mencukupi. Macam mana nak tahu cukup atau tidak? Lihat prestasi badan. Adakah anda jadi lebih bertenaga selepas rehat atau semakin lemau?