Admin nak kurus, kawan Admin nak kurus, semua orang nak kurus, anda pun nak kurus (sebab itu anda baca entri ini)! Ini adalah perkara normal, dan Admin nak kongsikan sesuatu yang boleh membantu anda mencapai matlamat ini.
1- Elakkan Insulin Spiking
Insulin adalah sejenis hormon yang memandu kalori yang kita makan ke destinasinya, samada masuk ke dalam sel sebagai tenaga, atau disimpan sebagai lemak. Kuantiti hormon insulin dirembeskan adalah berdasarkan jenis makanan yang kita makan, terutamanya kerbohidrat.
Elakkan makanan bergula, jus buah-buahan, dan karbohidrat yang diproses seperti roti dan pasta jika anda sedang berada dalam proses cutting untuk membakar lemak.
2- Guna Insulin Spiking Pada Masanya
Walaupun Admin kata elakkan insulin spiking, sebenarnya insulin spiking penting dan sangat bermanfaat jika digunakan pada masa yang betul. Ada dua masa yang penting untuk insulin spiking, iaitu 90 minit sebelum workout, dan 60 minit selepas workout.
Pemakanan sebelum dan selepas workout adalah penting, dan insulin spiking membantu pelancaran kalori ke dalam sel otot untuk digunakan sebagai tenaga dan menyokong tumbesaran serta pembaikpulihan otot bagi mendorong proses hypertrophy.
3- Tingkatkan Pengambilan Serat
Serat adalah penting untuk kesihatan menyeluruh. Satu kebaikan serat adalah ia membantu dalam penghadaman kita bagi jangka masa panjang. Maksudnya, apabila anda gabungkan serat dengan makanan lain, penghadaman anda adalah lama, menjadikan badan anda mendapat tenaga secara berkala. Ini membuatkan anda rasa lebih kenyang dan tidak mudah lesu.
Ada juga yang ambil supplement serat. Walaupun anda mendapat kesan yang sama, satu kesan yang anda ketinggalan ialah kepuasan makan dan perasaan kenyang itu sendiri yang sangat membantu apabila anda sedang cutting dan terpaksa potong kalori.
Jika anda mahukan lebih banyak tips, apa kata anda layari Dee Gym Supplement sekarang!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)