Admin nak berkongsi tentang 2 perkara yang berbeza, iaitu antara nak jadi kurus dan nak bakar lemak. Ramai sangka ia adalah serupa, tetapi sebenarnya tidak.

Menurunkan berat dan menjadi kurus jauh lebih mudah daripada membakar lemak. Mereka yang dah jadi kurus tidak semestinya rendah lemak. Cuba anda tanya berapa peratusan lemak badan orang yang berjaya kuruskan badan.

Ramai yang nak jadi kurus dengan cepat. Lalu, apa mereka buat? Satunya, ramai yang mengamalkan crash diet iaitu diet tak makan. Dulu, makan sehari 5-6 kali. Selepas nak diet dan datang kesedaran, makan sehari sekali sahaja demi kurus. Berat badan memang turun dan nampak kurus, tetapi sebenarnya tidak. Berat yang turun, majoritinya datang daripada air dan otot. Untuk bakar lemak, anda kena lebih bijak dan berstrategi.

Strategi utama dalam pembakaran lemak ialah dengan berusaha untuk bina otot. Jogging sahaja tidak mencukupi. Anda kena lakukan latihan bebanan atau rintangan untuk memberi stimulasi tumbesaran pada otot.

Otot yang besar dan kuat membakar lebih banyak kalori daripada yang kecil dan lemah. Bagaimana otot menjadi lemah? Ia bergantung pada gaya hidup kita. Kalau harian kita hanya pergi balik pejabat dan tiada senaman, maka otot akan menjadi lemah.

Mereka yang berotot juga mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi. Inilah kunci kepada cara untuk kekal kurus sepanjang hidup. Naikkan metabolisme badan anda secara semula jadi iaitu melalui senaman.