Apakah pilihan makanan terbaik untuk anda ambil sebelum tidur? Ada dari kalangan kita yang semakin dekat dengan tidur, semakin membuak-buak nafsu makan. Ini dipanggil binge eating.
Boleh nak makan sebelum tidur, tapi pilihan makanan anda haruslah betul dan tidak berlebih-lebih. Ia boleh jadi punca utama kenapa anda susah nak kurus. Binge eating menyebabkan anda terlebih makan meskipun dag jaga diet waktu pagi.
Nak makan apa sebelum tidur? Bergantung pada apa anda buat sebelum tidur. Adakah anda pergi workout? Maka, anda boleh ambil karbohidrat. Kalau sebelum workout anda tak ada buat apa-apa, tak ada bersukan, anda banyakkan ambil makanan berlemak sihat kerana ini menjadi tenaga untuk dibakar semasa tidur. Contoh lemak sihat adalah seperti kekacang dan ikan.
Kenapa nak makan banyak-banyak sebelum tidur, sedangkan waktu tidur tak adalah gerak banyak sangat, kan? Jadi, beri peluang badan anda untuk membakar tenaga sedia ada dalam badan. Kalau anda isi tenaga karbohidrat sebelum tidur dan ada tak workout pun sebelum itu, mudah nanti karbohidrat tersebut tersimpan sebagai lemak.
Meskipun lemak anda ambil tergolong dalam lemak sihat, jangan ambil terlalu banyak juga kerana lemak mempunyai kalori yang tinggi. Jadi, kawal juga kuantiti kerana terlebih banyak sangat juga menyebabkan kegemukan.
Entri: Aiman Radzi