Masa anda ambil protein boleh mempengaruhi kenaikan otot. Ada yang kata kena ambil lepas makan, ada kata ambil lepas workout. Bagaimanakah pula dengan mengambil protein sebelum tidur?
Pernah dengar tentang protein casein yang selalu diambil sebelum tidur? Casein adalah protein yang lambat hadam. Bermakna, anda ambil casein sebelum tidur supaya protein dapat diserap perlahan-lahan sepanjang malam.
Sewaktu tidur adalah waktu badan anda membaikpulih otot yang rosak supaya ia jadi lebih besar dan kuat. Ya, otot anda mengalami kecederaan mikro semasa anda workout. Dengan membaikinya, inilah cara ia membesar.
Tetapi, adakah ia perlu untuk membina badan? Bagaimana kalau anda tak mahu guna casein dan mahu gunakan protein whey yang biasa? Bolehkah ia berikan kesan yang sama?
Sebenarnya, protein sebelum tidur tidak memberikan impak begitu besar, dan penggunaan casein juga bukanlah wajib. Tetapi, adakah ia berkesan dan boleh membawa kelebihan walaupun sedikit? Ya, ia masih boleh diamalkan jika anda mempunyai bajet lebih.
Penggunaan protein sebelum tidur akan memastikan badan anda dapat protein yang berterusan sepanjang proses pemulihan badan semasa tidur. Badan anda perlukan tenaga dan protein untuk proses tersebut.
Kalau anda tak mahu gunakan casein, anda masih boleh gunakan whey dan itu adalah lagi mudah sebab anda tak perlu beli dua-tiga jenis protein dan menyimpan berbalang-balang supplement di rumah. Nak lagi senang, guna sahaja Quattro protein sebab dia ada gabungan 4 jenis whey.
Konsep penting ialah anda mendapatkan keperluan makronutrisi yang secukupnya dalam sehari. Masa anda makan, masa anda ambil protein, semuanya tidak memberikan impak yang begitu besar. Selagi anda dapatkan keperluan yang mencukupi (protein, lemak, karbohidrat, dan kalori), anda akan mendapati badan anda berada dalam landasan yang betul untuk membina badan.
Entri oleh: Aiman Radzi