Nak Nampak Six-Pack Lebih Garing ?

Nak nampak lebih GARING dalam masa 6 HARI? Anda kena buat teknik loading air ini! Cara ini sangat ekstrem dan bukan untuk orang biasa. Biasanya, yang ada PHOTOSHOOT seperti model-model fitness guna teknik water-loading. Anda juga boleh guna kalau ada competition. Anda kena minum banyak air sambil minimumkan pengambilan karbohidrat (macam nasi, roti, kentang, gula).

3 hari pertama, anda minum 2.5-3 gallon air air (9-11 liter). Elakkan karbo semampu boleh. Waktu training boleh minum protein. Hari ke-4, anda kena minum sampai 4 gallon air (15 liter) air. Anda kena elakkan terus karbohidrat hari ini. Pukul 3 petang, kena stop minum apa-apa air! Hari ke-5, anda boleh minum kopi-o atau apa-apa jenis diuretik lain dan mula makan karbohidrat. Tapi, elakkan garam dan makanan masin. Last, hari ke-6, anda boleh minum protein sebelum game ataupun photoshoot.

Ingat, ini cara sangat ekstrem! Anda flush air daripada badan dengan minum air sangat banyak, dan berhenti minum pada hari ke-4 akan terus keringkan lagi badan. Cuba atas pilihan diri sendiri. Jangan cuba kalau anda ada masalah kesihatan lain.

Penulis: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook