Nak Tahu Cara Dapat Badan Ideal Dan Maskulin? Ikuti 5 Senaman Ini

Yang namanya lelaki pasti mengigingkan rupa dan badan yang maskulin kerana kelelakian anda akan terserlah. Sesetengah orang dilahirkan mendapat muka yang memang kacak dan maskulin namun tidak pada badannya. Realitinya anda tidak perlu muka yang sempurna namun kelelakian anda sudah terserlah jika badan anda di tahp yang ideal. Saya akan kongsikan 5 senaman yang buat badan anda begitu menarik jika anda sanggup lakukannya.

 

Lat Pulldown

Image result for lat pulldown

Lat Pulldown ini adalah senaman kunci kepada badan anda untuk mendapat bentuk V pada badan anda. Ini kerana senaman ini membuatkan dada anda luas di bahagian atas dan sekaligus mengenakan bahu dan biceps anda.

 

Squat

Related image

Semua lelaki benci senaman ini. Namun senaman ini juga kunci kepada badan ideal. Ini kerana bahagian bawah badan juga perlu diberi perhatian kerana pasti nampak kelakar apabila badan besar kaki kecil. Senaman teras ini membina otot-otot teras yang mana ianya terletak di lapisan yang paling dalam. Jika otot ini tidak dikoyakkan maka pertumbuhan anda akan lambat. Hasilnya bahagian pinggul anda akan lebih kelihatan menarik.

 

Overhead Press

Image result for overhead press

Penting untuk anda lakukan senaman ini kerana ia membentuk bahagian bahu. Bahu yang kuat dan besar menampakkan keluasan bahagian atas badan anda supaya dada anda lebih tersembul keluar. Namun anda perlu pastikan press anda itu diturunkan sehabis-habisnya bukan pada tahap mata atau telinga. Ini juga senaman yang membentuk bahagian V badan anda.

 

Bench Press

Image result for bench press

Tidak kisahlah anda menggunakan barbell atau Dumbell, tetapi senaman kompaun ini amat penting dalam mendapat bahagian dada yang menarik. Bahu dan tangan yang besar tidak akan lengkap tanpa dada yang jitu. Jadi latih dada anda dengan senaman ini

 

Decline Weighted Situps

Anda perlukan senaman unik ini untuk memecahkan segala blok yang menghalang abs anda untuk keluar. Sesetengah lelaki memberi garis panduan badan yang menarik dengan timbulnya six pack mereka. Ini caranya. Dengan bebanan di tangan, anda akan menangkat badan pada 180 darjah untuk memberi tekanan yang maksimum pada abs anda.

 

Jadi tanya diri anda adakah anda sanggup berkerja keras untuk kelihatan maskulin?

 

Entri: Fakhrul Islam

 

Komen Facebook