Minyak adalah satu komponen yang perlu dijaga-jaga dalam membina badan. Kandungan minyak yang tinggi dengan kalori boleh merencatkan proses membakar lemak, tetapi ini tidak bermakna yang minyak adalah tidak bagus. Sebabnya, anda masih perlukan lemak untuk berfungsi!
Kalau anda nak pilih minyak, semestinya, minyak zaitun adalah pilihan yang mantap untuk anda. Kenapa? Jom kita lihat!
1- Minyak Zaitun Membantu Bakar Lebih Lemak
Kandungan dalam minyak zaitun membantu proses metabolisme badan anda untuk membakar lebih banyak lemak daripada biasa.
2- Minyak Zaitun Meningkatkan Rembesan Testosteron
Hormon testosteron adalah hormon yang sangat penting untuk membina badan. Kalau anda boleh tingkatkan secara semula jadi, anda kena cuba sedaya upaya dan minyak zaitun boleh membantu.
3- Minyak Zaitun Meningkatkan Sensitiviti Insulin
Di permukaan sel anda, ada ibarat piring satelit untuk menerima isyarat insulin. Pentingnya insulin adalah untuk penyerapan nutrient dan pengawalan kadar gula dalam badan.
4- Minyak Zaitun Mempertingkatkan Kualiti Kesihatan
Pengambilan minyak zaitun dikaji dapat membantu anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan mengurangkan risiko-risiko penyakit kronik.
5- Minyak Zaitun Membendung Nafsu Makan
Mereka yang dalam fasa cutting sangat digalakkan menggunakan minyak zaitun sebabnya ia boleh membantu anda membendung nafsu makan yang berleluasa waktu cutting.