Nakkan Badan Idaman? Ubah Mindset Anda Begini!

Anda tengok bodybuilder yang bertanding atas pentas, dan anda juga ingin memiliki badan seperti mereka. Apakah yang menghalang anda dadripada memiliki impian tersebut? Semuanya bermula dengan diri sendiri. Jangan salahkan kawan yang ajak lepak, saudara-mara yang buat kenduri, mahupun emosi yang berbelah bahagi. Anda kena kawal mindset anda supaya fokus ke arah matlamat.

 

Kebanyakan bodybuilder boleh mengubah mindset mereka sekelip mata daripada mood santai kepada mood competition. Apabila mereka berada dalam mood yang betul, segala yang dilakukan menghala ke arah membina badan yang lebih baik. Mereka tidak akan melakukan perkara yang boleh menyebabkan impian mereka tercapai lebih lambat daripada yang sepatutnya.

 

Paling penting, mereka tidak makan mengikut emosi diri. Mereka tidak makan ketika mereka stress, tidak mudah terpedaya dengan nafsu, dan mereka tidak pergi ke gym mengikut mood juga. Ramai daripada kita, nak pergi ke gym pun tak konsisten lagi. Sibuk sikit, tak pergi gym. Diet pun sama juga, baru diduga dengan iklan ayam goreng kriuk-kriuk, sepinggang mari!

 

Apabila mereka pergi ke gym juga, mereka fokus dengan latihan. Mereka tidak banyak bersembang dengan orang lain, mereka tidak memegang telefon, dan mereka tidak rest begitu lama. Biarlah nampak sombong, tetapi di gym adalah masa berlatih. Selepas selesai latihan, barulah bersosial. Itupun, janganlah lepak di kedai mamak kalau risau tak dapat kawal nafsu makan.

 

Mereka mempunyai mindset begini:

  1. Tidak biarkan diri terlalu lapar
  2. Tidak biarkan diri diselubungi godaan nafsu
  3. Tidak memakan untuk hilangkan stress
  4. Tidak mempunyai bekalan makanan sihat
  5. Menjaga porsi makanan segera
  6. Memandang matlamat jauh
  7. Tidak meninggalkan workout
  8. Tidak membiarkan emosi menentukan keputusan

 

Kalau anda betul nakkan badan yang anda imipikan itu, anda kena memiliki mindset seperti mesin begini. Dah jadi macam robot, datang sahaja apa-apa cabaran, anda tahu nak tangani macam mana. Pastikan anda sentiasa mempunyai plan of attack. Rancang setiap senaman sebelum anda pergi ke gym dan laksanakan rancangan tersebut.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook