Lama tak rasa kaki sakit sampai menggelupur? Nak ubah sikit latihan dan tak mahu buat squat, leg press, ataupun deadlift? Admin kongsikan satu senaman killer untuk otot hamstring anda, tapi anda kena ada kawan seorang untuk tolong pegangkan kaki anda.

 

Memperkenalkan, senaman NORDIC HAMSTRING!

 

Caranya:

Image result for nordic hamstring

 

Minta kawan anda pegangkan kaki anda. Mula dalam posisi melutut dan pastikan kawan anda pegang betul-betul. Turunkan badan anda perlahan-lahan sedaya upaya. Apabila dah tak boleh nak turun perlahanlahan, jatuhkan badan anda ke lantai tapi pastikan anda tahan guna tangan supaya tak terhempas. Kemudian, tolak guna tangan kuat-kuat untuk kembali ke posisi awal, sekali dengan cuba untuk “leg curl”. Maksudnya, jangan berharap 100% pada tolakan tangan, gunakan juga otot hamstring anda. Ulang untuk beberapa rep (bergantung pada cara anda turun perlahan-lahan) dan bersedia untuk tak berjalan esok hari!

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)