Welcome to Deegymsupplement
017-9194860 enquiry@deegymsupplement.com
Close
Jalan B/35, Taman Seri Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
017-9194860 enquiry@deegymsupplement.com
One-Arm DB Row: Champion’s Exercise

One-Arm DB Row: Champion’s Exercise

Kalau sebut senaman back, rowing adalah antara senaman utama yang anda patut lakukan. Ia dikategorikan sebagai pergerakan menarik ataupun pulling.

Rowing boleh dilakukan dengan menggunakan barbel, dumbbell, mesin, kabel, dan macam-macam lagi. Kebiasaannya, orang menggunakan barbell dan mesin untuk senaman ini.

Sasaran senaman rowing adalah otot back secara keseluruhan. Anda boleh fokus kepada bahagian tertentu dengan mengubah sudut angkatan beban. Tarik ke atas, anda akan fokus kepada upper back. Tarik ke tengah dan anda fokus kepada bahagian middle back. Kalau ke bawah pula semestinya bahagian lower back.

Tetapi, kenapa ramai yang tinggalkan senaman rowing ini menggunakan dumbbell? Ternyata senaman tersebut adalah susah, sebab itu ramai yang tinggalkan.

Ia menjadi susah kerana anda yang tidak melakukannya secara konsisten, walhal senaman rowing menggunakan dumbell adalah antara senaman yang paling efektif untuk membina otot dan juga membina kekuatan. Rugilah kalau anda tak mengamalkannya.

Kesilapan ramai juga dalam melakukan senaman ini menggunakan dumbbell adalah mereka menggunakan bebanan yang terlalu berat sehingga mereka memerlukan momentum yang banyak.

Kalau anda nak fokus kepada pembinaan otot, penggunaan momentum haruslah minimum. Jika anda lebihkan momentum, anda akan kurangkan tension di dalam otot (sedangkan tensionlah yang kita mahukan).

Guna bebanan yang berpada-pada dengan kemampuan anda. Ada pelbagai cara untuk melakukan senaman menggunakan dumbell. Ada yang menahan tangan di bench, ada yang meletakkan tangan di lutut, ada yang memposisikan kaki seperti squat, ada seperti lunges.

Kesemua variasi tersebut ada kelebihan masing-masing dan ada sebab yang tersendiri. Kita akan bincang perihal tersebut di dalam entri yang akan datang.

Entri: Aiman Radzi

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *