Kalau anda seorang yang kurus, nescaya ayat-ayat ini pernah keluar daripada mulut anda:
“Aku dah makan banyak tapi tak naik pun.”
“Berapa banyak mass dah aku telan tapi badan sama je.”
“Aku dah pergi gym tapi otot susah nak naik.”
Apakah punca kepada ayat-ayat ini dinyatakan daripada diri anda? Ia datang kerana tiga perkara:
1- Pemakanan
2- Supplement
3- Latihan
Anda rasa seperti anda sudah makan banyak. Kemudian, prioriti anda silap. Anda tak lebihkan pemakanan dan latihan. Sebaliknya, anda terus nak mencari supplement. Terakhir, latihan anda belum cukup mantap.
Masuk ke gym bukan sekadar main semua mesin dan angkat tanpa hala tuju. Anda memerlukan program. Meskipun begitu, pemakanan hendaklah menjadi prioriti pertama kerana berapa banyak anda workout sekali pun, pemakanan yang tidak betul tidak akan mendatangkan hasil.
Oleh itu, mari kita lihat 5 senaman yang anda perlu buat dan jadi kuat jika anda seorang yang kurus:
Dip
Ini ialah senaman asas untuk pergerakan pushing. Anda akan melatih otot triceps, chest, dan shoulders. Lagi bagus kalau anda boleh gunakan pemberat untuk menambah berat.
Overhead Press
Konsep yang sama dengan dip, cuma yang ini tolak ke atas. Ia memfokuskan lebih pada shoulders tetapi satu badan akan berkerja dalam senaman ini. Kalau anda tak buat ovehead press, anda kerugian besar.
Pull Up
Disebabkan anda kurus, sepatutnya pull up ada perkara mudah. Cuma, kalau anda tak boleh pull up, itu tandanya anda masih lemah. Usaha sampai anda boleh pull up dan anda akan nampak perubahan pada badan. Ia melatih otot biceps dan back serta abs.
Squat
Jangan tinggalkan squat melainkan anda seorang obesiti. Masalahnya sekarang, anda seorang yang kurus. Misi anda adalah untuk menambah isi pada badan. Kenapa anda tak mahu lakukan senaman-senaman yang memanh sudah diakui berkesan untuk tujuan tersebut?
Deadlift
Kalau ada atas, pasti ada bawah. Kalau ada kiri, pasti ada kanan. Kalau ada squat, pasti ada deadlift. 2 senaman ini ialah raja dan permaisuri kepada dunia senaman dan kecergasan. Anda bersukan jenis ala sekali pun, berkemungkinan besar anda tidak akan lari daripada melakukan 2 senaman ini!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)