Selalu dengar orang kata Deadlift target seluruh badan, bukan? Sekarang kita lihat satu rajah yang menunjukkan sasaran senaman ini. Jika dilihat dalam rajah tersebut, pada hakikatnya, kepak dan tangan turut patut diwarnakan merah (terutama forearm kerana kuasa cengkaman).
Kita lihat bagaimana setiap kumpulan otot ini bekerja:
1- Otot belakang (back)
Otot-otot yang terletak dalam kawasan ini bekerja paling keras sekali terutama lower back anda. Dikenali sebagai erector spinae, bertepatan dengan namanya iaitu untuk menegakkan belakang anda dan otot ini sebenarnya sangat cepat untuk membangun! Latissimus dorsi (kepak) anda turut bekerja untuk merapatkan barbell dengan badan (terutama waktu lockout).
2- Otot punggung (glutes)
Merupakan antara otot utama dalam pergerakan deadlift. Untuk membina otot punggung yang kuat dan mantap, seharusnya senaman ini adalah kewajipan dalam mana-mana program latihan tidak kira samada anda seorang powerlifter atau bodybuilder. Peak contraction dapat diperoleh sewaktu dan selepas mencapai lockout. Mula mengemut sekarang!
3- Otot kaki (quads, hamstring, etc.)
Leg drive dan lift off daripada kuasa kaki adalah amat penting untuk mendapatkan angkatan beban yang lebih berat. Bukan itu sahaja, leg drive mampu menjimatkan tenaga dan menyelamatkan tulang belakang anda! Sebab itulah anda perlukan kaki yang kuat. Deadlift turut mensasarkan hamstring dalam memberi stimulasi yang tinggi untuk pembinaan otot.
4- Otot tangan (arms and forearms)
Kalau anda inginkan lengan macam popeye, ini mungkin ubat yang anda tercari-cari! Bukan sahaja merangsang untuk pembesaran, malah menguatkan cengkaman. Mempunyai forearm yang menerujakan turut menguatkan senaman-senaman yang lain, terutama kesukaan semua iaitu bench press! Biceps dan triceps turut bekerja untuk memberi kestabilan sewaktu lockout.
5- Otot bahu (deltoids)
Sepanjang pergerakan deadlift, badan harus berada dalam postur neutral (atau berusaha untuk kekalkan postur itu). Otot trapezius, rhomboid, dan deltoid sangat aktif dalam memastikan postur yang terbaik. Sebab itu kita lihat ramai heavy deadlifter mempunyai trap yang tinggi-tinggi. Bukan setakat tinggi, malah tebal juga!
Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)