Rowing adalah senaman utama yang anda kena buat untuk bina back yang besar. Cara buat rowing pula ada banyak. Ada yang buat guna barbell, ada yang guna dumbbell, mesin kabel, duduk, berdiri, bongkok, dan macam-macam lagi. Konsep kesemuanya adalah sama sahaja.
Daripada variasi-variasi tersebut, anda akan gunakan konsep ini untuk melatih bahagian-bahagian otot yang berbeza. Apakah konsep yang Admin maksudkan?
1- Tarik Tinggi
Apabila anda tarik secara tinggi, hampir selari dengan sternum, anda akan fokuskan pada bahagian posterior deltoid (bahu belakang) dan juga upper trapezius. Cara ini sesuai dibuat dengan mesin kabel melintang bersama straight-bar yang panjang.
2- Tarik Tengah
Tarik bebanan ke paras dada akan membuatkan otot trapezius bahagian tengah anda (sekumpulan dengan rhomboid) berkerja lebih. Kalau anda mahukan back anda tebal dan tampak gagah ketika memakai baju, anda kena buat banyak senaman seperti bent-over barbell row.
3- Tarik Rendah
Untuk yang terakhir, anda akan menarik ke paras perut (di bahagian atas sedikit) dan variasi ini akan bantu anda untu bina bahagian latissimus dorsi yang lebih tebal dan lebar. Anda boleh guna variasi ini untuk kesemua senaman back. Paling mudah untuk fokuskan bahagian tersebut adalah menggunakan V-Bar pada mesin kabel melintang.
Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)