Antara teknik pembesaran otot yang sering dipandang remeh ialah teknik-teknik yang melibatkan peningkatan tekanan metabolik. Semua orang boleh berlatih secara bwrat, tetapi bukan semua mampu bertahan dengan set yang panjang dan mencabar ketahanan minda (bukan sahaja fizikal). Kenapa? Sebab senaman yang dilakukan secara set panjang amat menyakitkan. Kalau anda sanggup bertahan, bolehlah buat!

Teknik Regangan Beban

Begini, anda kena buat satu set senaman apa-apa sahaja dan pastikan set tersebut anda repping sampai anda dah tak mampu nak angkat lagi. Biasanya, anda kena guna yang ringan dan buat banyak rep. Sasarkan untuk dapat 25-30 rep yang betul-betul fokus pada pergerakan otot.

Kemudian, tanpa melepaskan bebanan di tangan, biarkan bebanan tersebut meregangkan otot anda selama yang anda boleh tahan. Sebagai contoh, kalau anda sedang buat senaman biceps curl, biarkan bebanan anda dalam posisi tangan lurus ke bawah. Apa yang berlaku sekarang, otot anda penuh dengan darah sebab anda pam tadi, tapi bebanan tersebut memaksa otot anda untuk meregang. Inilah antara yang dimaksudkan dengan tekanan metabolik. Berapi tak rasa?

Kalau boleh, cuba tahan dalam posisi regangan selama 30 saat. Anda boleh buat set begini untuk 1 set sahaja (pada set terakhir) bagi senaman-senaman isolation. Senaman kompaun sangat tidak digalakkan untuk buat begini melainkan anda ada partner yang membantu. Tapi, kalau anda nak buat untuk senaman back seperti pull up, barbell row, cable row, itu boleh dilakukan lagi seorang diri dengan teknik ini.

Entri: Aiman Radzi