Isu ini tidak menjadi isu hangat kerana tidak semua orang sukakan senaman deadlift ini. Namun isu ini perlu dijelaskan juga supaya tidak jadi salah faham.

Sebenarnya, tidak memakai kasut semasa melakukan deadlift adalah lebih selamat dan efektif. Dan ini sebabnya:

1. Lebih stabil

Anda lihat sahaja kasut-kasut sukan yang pelbagai jenis dan style. Ada yang tapaknya keras, lembut, tebal, nipis dan banyak lagi. Ianya tidak lain hanya akan mengganggu konsentrasi anda semasa deadlift. Sedangkan jika dengan tapak kaki tanpa kasut semua tapak di atas tanah dan anda dapat berdiri dengan postur yang baik dan kukuh.

2. Lebih dekat dengan ground

Apabila anda melakukan deadlift tanpa kasut, kaki anda menapak 100% pada tanah dan ini bagus berbanding jika memakai kasut, jarak kaki anda ke tanah semakin jauh. Hal ini bagus kerana apabila kaki anda rapat pada tanah anda mudah untuk menarik bar itu.

3. Elak sakit belakang

Lihat sahaja perempuan berkasut tumit tinggi, mereka nampak cantik bila memakainya namun dalam jangka masa yang panjang, bahagian belakang akan beri kesan. Ini kerana anda tidak menggunakan seluruh tekanan pada kaki semasa berjalan. Ia sama sahaja seperti deadlift.

Peraturan gym?

Anda tidak perlu risau. Saya tahu sesetengah gym mewajibkan kasut untuk keselamatan. Jika begitu, anda boleh gunakan stokin ataupun kasut khas deadlift atau squat yang dijual. Asalkan tapaknya itu nipis dan selari dengan tumit.