Admin dapat persoalan berkaitan keberkesanan fatburner dan kepentingannya dalam fasa cutting. Ramai bertanya samada patutkah mereka guna produk-produk ini?

 

Ketahui, ia bukan pil ajaib yang anda boleh telan lantas menjadi kurus dan lean. Sebaliknya, ia adalah pembantu anda. Fatburner memang bagus digunakan mereka yang tiada masalah kesihatan lain untuk membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak, lagi-lagi dalam fasa cutting.

 

Sebelum itu, asas pembakaran lemak haruslah ditepati iaitu dari segi pemakanan. Cara anda makan haruslah berada dalam keadaan defisit kalori, iaitu kalori harian anda adalah lebih rendah daripada kalori keperluan. Contohnya, kalau keperluan anda adalah 2500kcal untuk mengekalkan berat badan, maka makanlah 2200kcal untuk membakar lemak.

 

Apabila asas sebegini ditepati, maka pengambilan fatburner akan menjadi lebih berbaloi dan berkesan kerana ia akan membantu anda untuk mendapatkan hasil yang diingini. Tetapi, jika asas ini tidak difahami dan dipatuhi, makanlah seribu satu jenis pil dan buatlah seribu dua pun senaman, anda susah nak bakar lemak! Kemudian, anda akan salahkan produk-produk fatburner ini atas kecuaian anda sendiri.

 

Jadi, langkah pertama sekarang adalah kira keperluan harian anda dan kira berapa anda kena makan sehari. Kemudian, cipta program latihan yang akan bantu anda kekalkan jisim otot dan kekuatan. Akhir sekali, datang ke kedai Dee Gym Supplement atau survey online sahaja di website ini untuk variasi pilihan produk yang sesuai dengan diri anda.

 

Admin cadangkan anda cuba Ripped Z daripada Tesla untuk fasa cutting, digabungkan dengan pengambilan whey dan BCAA daripada Superior 14 ataupun Tesla sendiri.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)