Ramai yang risau-risau tentang penggunaan supplement. Ada yang kata, kalau pakai supplement, tak dikira sebagai natural lagi. Fahamkan yang natural bermaksud anda membina badan tanpa penggunaan bahan terlarang seperti steroid. Supplement adalah pelengkap kepada bina badan, bukan bahan terlarang.
Kalau anda fikirkan, whey anda makan hanyalah susu serbuk. Nak tahu atau tidak, dalam kebanyakan aiskrim, memang ada whey. Secara tak langsung, ramai antara kita dah tak natural lah kalau makan aiskrim (sebab ada whey). Jadi, jangan risau tentang penggunaan supplement dengan status natural.
Soalnya, patutkah anda gunakan supplement?
Sebelum menggunakan supplement, anda kena mahirkan dua benda ini, iaitu pemakanan dan latihan. Jika dua asas ini diabaikan, gunalah seberapa banyak supplement, anda tidak akan berjaya bina badan sebab supplement bukan ubat ajaib, minum-minum dah besar. Ramai salah faham tentang supplement, yang kalau mereka pakai, badan senang menjadi. Tidak, ia takkan jadi kalau anda tak jaga benda tadi.
Admin tak mahu anda fikir yang Admin kerja nak jual produk sahaja. Admin nak bantu anda untuk membina badan dengan berjaya. Sebab itu, Dee Gym Supplement bukan sahaja jual produk, tetapi menawarkan anda dengan seribu satu jenis informasi fitness percuma untuk anda baca. Rugilah kalau anda tak amalkan tips-tips ini!
Kalau anda ada apa-apa persoalan atau mahu belajar lebih tentang bina badan, mungkin anda nak window shopping produk supplement bina badan, anda boleh lakukan di www.deegymsupplement.com/staging atau datang terus ke cawangan-cawangan kami. Pintu kami sentiasa terbuka untuk anda!
Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)