Patutkah Anda Lakukan Kardio Dalam Keadaan Berpuasa

Puasa adalah satu ibadah bagi umat Islam, jika ia disertakan dengan niat, dan jika ia dilakukan pada waktu siang. Sekarang, dalam dunia kecergasan, ada juga yang berpuasa malam tetapi ini tidak dikira sebagai puasa yang biasa umat Islam lakukan. Orang yang lakukan begini biasanya adalah untuk bakar lemak.

 

Tidak kira apa, kita ambil maksud kardio dalam keadaan berpuasa dengan makna anda tidak makan lama tetapi masih lakukan kardio. Pernah bukan, orang bagi nasihat yang menyatakan anda patut melakukan kardio dalam keadaan perut kosong?

 

Persoalannya, adakah fasted cardio berkesan dan patut diamalkan?

 

Kalau anda persoalan tentang keberkesanannya, memang ada kajian yang menyatakan fasted cardio membakar lebih banyak lemak daripada kardio biasa. Berapa banyak? Anggarannya dalam 17% sahaja, dan itu pun anggaran. 17% bukanlah nilai yang tinggi. Walaupun anda dapat bakar lebih banyak lemak, risiko untuk kehilangan jisim otot juga adalah tinggi.

 

Dalam hal ini, kita bermain dengan “risk over reward”. Adakah risiko yang kita tanggung berbaloi dengan hasil yang kita dapat? Satunya, apabila anda puasa malam dan melakukan kardio pada waktu pagi dalam keadaan perut lapar, hormon kortisol sangat mudah untuk naik. Ini adalah resepi kepada kehilangan jisim otot.

 

Sebaliknya, apa kata anda cuba ambil karbohidrat cepat serap untuk menjaga jisim otot anda dalam masa anda melakukan kardio. Ataupun, gunakan BCAA yang juga cepat serap terus untuk membekalkan tenaga kepada kita.

 

Kardio dalam keadaan perut kosong adalah pilihan diri. Ya, ia membakar lebih banyak lemak, tetapi risiko kehilangan otot juga adalah tinggi.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook