Main berat di gym selalu menjadi bahan kecaman ramai orang. Bagi mereka, main berat adalah sia-sia dan membahayakan diri sendiri. Ada betul juga, tetapi kalau anda kata begitu dekat atlit kekuatan seperti powerlifter atau strongman, anda sendiri yang malu.
Maka, ini mendorong kepada persoalan kita, samada patutkah anda main berat-berat untuk naikkan otot? Cuba tengok semula matlamat anda, adakah anda ingin menjadi atlit professional, ataupun anda berlatih sekadar untuk diri sendiri (atau sebagai hobi suka-suka)? Kalau anda nak jadi atlit, memanglah anda kena berlatih main betul-betul berat, tapi kalau tidak, berbaloikah anda risikoka diri dengan mengejar deadlift seberat 3 kali ganda berat badan?
Admin dulu selalu sarankan anda jadi lebih kuat, dan Admin masih berpegang dengan itu. Tetapi, itu tidak bermakna Admin suruh anda angkat gila-gila berat terus. Latihan perlulah berperingkat. Senaman asas untuk kekuatan ada tiga, iaitu bench press, squat, dan deadlift. Ketiga-tiga senaman ini membantu dari segi kekuatan, tetapi jika hasrat anda adalah untuk bina badan, prioriti anda bukan kepada ketifa-tiga ini.
Anda masih kena buat ketiga-tiga senaman tersebut, tetapi prioriti anda adalah pada senaman yang memfokuskan tekanan pada otot. Biasanya, variasi-variasi daripada senaman tersebut seperti incline bench press, front squat, dan romanian deadlift adalah lebih berkesan untuk bina otot.
Apa yang Admin nak katakan ialah, berlatih ikut matlamat anda, dan jangan terlalu kejar kepada angkatan berat. Ada 3 fasa yang anda boleh gunakan untuk faham konsep latihan:
- Hypertrophy. Fasa ini memerlukan anda melakukan banyak variasi senaman.
- Foundation. Ini adalah asas kepada latihan iaitu kekuatan. Fokus anda adalah pada tiga senaman utama itu.
- Strength peaking. Kegunaan atlit, latihan dicipta untuk prestasi maksimum menjelang pertandingan.
Ramai memerlukan 2 fasa pertama, jarang sekali yang ketiga. Berlatih untuk tingkatkan kekuatan foundation, kemudian fokus pada hypertrophy. Nanti, ulang semula latihan untuk kuatkan foundation supaya asas anda lebih kuat untuk fasa hypertrophy seterusnya.
Gunakan supplement seperti Iso Pro Zero daripada Dee Gym Supplement sekarang untuk membantu anda membina otot secara maksimum!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)