Pegang Pada 6 Perkara Ini Dan Anda Akan Bina Muscle Dengan Cepat!

Ada macam-macam cara digunakan dalam misi membina badan. Tetapi, beberapa asas ini tidak patut ditinggalkan kerana inilah cara terbaik untuk membina otot!

 

1- Tambah Bebanan Senaman

Paling mudah untuk membina badan adalah melalui perlaksanaan senaman menggunakan bebanan yang semakin berat. Maksudnya, dari semasa ke semasa, anda kena tambah berat anda guna! Mungkin bukan setiap kali anda masuk gym nak tambah berat, mungkin anda tambah setiap 2 kali pergi ke gym, atau 3 kali.

 

2- Tambah Rep Yang Dilakukan

Disebabkan anda tidak semestinya tambah bebanan setiap kali masuk ke gym, apa yang anda boleh buat ialah tambah jumlah rep yang dilakukan. Secara tak langsung, apabila anda boleh buat banyak rep menggunakan satu bebanan, tahap kekuatan anda juga meningkat dan anda boleh guna bebanan yang lebih berat nanti.

 

3- Tambah Jumlah Set

Nak bina badan, kena utamakan tekanan pada otot. Ini boleh dikecapi melalui penambahan jumlah set. Sebabnya, bebanan tak semestinya boleh ditambah setiap sesi workout, begitu juga dengan rep, maka penambahan setlah yang menjadi senjata anda sekarang.

 

4- Kurangkan Rest

Masa rest adalah satu senjata bina badan dan bukan sekadar untuk anda rehat, bermain telefon, sementara menunggu masa set seterusnya. Kalau anda tengok yang elite, semuanya main betul-betul hardcore dengan masa rest yang sangat singkat dan berdisiplin. Telefon letak tepi dahulu!

 

5- Gunakan Tempo Yang Perlahan

Rep yang berat, secara semula jadinya dilakukan dengan tempo yang laju. Sebabnya, anda menggunakan bantuan momentum untuk menolak bebanan tersebut. Kalau anda boleh gunakan bebanan yang sama dengan tempo perlahan, itu maksudnya anda dah kuat. Tapi, biasanya susah! Oleh itu, kurangkan berat dan guna tempo perlahan.

 

6- Kurangkan Momentum Badan

Seiring dengan tip nombor 5, anda juga patut kurangkan ayunan badan untuk menggerakkan bebanan. Ini sangat jelas dalam senaman-senaman untuk back, seperti barbell row, dan juga senaman tangan seperti biceps curl. Momentum bermaksud bebanan anda guna terlalu berat. Turunkan bebanan dan fokus pada gerakan otot.

Komen Facebook