Apakah perbezaan antara pemakanan untuk cutting dengan pemakanan untuk bulking? Apa yang anda boleh makan semasa cutting, apa yang tidak, dan begitu juga soalan sama diajukan untuk bulking.

Sebelum masuk lebih dalam, anda kena tahu dahulu apa maksud bulking dan cutting.

  1. Bulking: Fasa menaikkan berat badan melalui pembinaan otot
  2. Cutting: Fasa menurunkan berat badan melalui pembakaran lemak

Untuk bulking, anda memerlukan caloric surplus, manakala untuk cutting pula, anda perlukan caloric deficit. Maksudnya, bulking dilakukan dengan memakan kalori lebih daripada keperluan, dan cutting pula dilakukan dengan memakan kalori kurang daripada keperluan. Dengan itu, badan akan menggunakan kalori seada dengan matlamat anda.

Cuma, apa yang anda boleh makan dan tak boleh makan dalam fasa-fasa tersebut? Ini menjadi persoalan.

Melainkan anda memang bercadang untuk naik ke pentas, makanan anda tidak terbatas. Siapa yang nak bertanding sahaja banyak pantang larang. Yang membina badan untuk suka-suka, boleh makan apa sahaja selagi mana nilai kalori berada dalam kawalan.

Percaya atau tidak, atlit USN, Swole Tarzan sendiri memakan ayam KFC dan aiskrim Sundae, dan itu bukan hari cheat day dia! Kalau cheat day, macam mana pula?

Bulking pula bukanlah tiket untuk anda melantak segala jenis makanan. Kedua-dua fasa ini memerlukan penelitian kalori untuk berjaya. Kalau anda dapat kira dengan baik, maka perjalanan bina badan anda akan jadi mudah.

Contoh lain lagi adalah berkaitan mass dan whey, di mana ada yang berkeras menyatakan yang mass untuk bulking dan whey untuk cutting, tak boleh guna untuk lain. Persepsi ini adalah salah, kerana kedua-duanya boleh untuk cutting dan bulking. Apa yang kita kena ikut ialah konsep kalori.