Anda perlukan sekurang-kurangnya 2g protein per kilogram berat badan. Kalau berat anda 70kg, anda kena dapatkan sekurang-kurangnya 140g protein sehari. Untuk memudahkan matlamat ini, anda digalakkan untuk mengambil supplement protein dan juga memakan protein setiap kali waktu makan.
Macam mana kalau bajet anda rendah? Mungkin anda masih belajar dan merupakan seorang pelajar, atau mungkin juga duit gaji dah habis ke tempat lain. Macam mana anda nak makan untuk bina badan?
Tuna
Kalau anda beli tuna dalam tin, biasanya dalam 40g protein untuk satu tin.
Telur
Sumber protein termudah iaitu sebanyak 7g protein bagi sebiji telur.
Susu
Kandungan protein dalam susu adalah lebih kurang 30g protein per liter.
Sardin/Mackerel
Hidangan paling mudah untuk orang bujang dan pelajar, di mana anda boleh dapat dalam 23g protein/100g.