Saya menekankan kepada newbies atau beginner yang mana bila mereka ke gym, tempat pertama yang mereka tuju adalah mesin atau smith machine di gym itu. Saya tidak pasti apa yang mereka lihat tetapi itulah pilihan utama mereka. Artikel ini untuk memberitahu kepada newbies di luar sana kepentingan latihan pergerakan yang melibatkan kekuatan, kestabilan dan penghalang kepada kecederaan. Biasanya mereka ini mempunyai masalah yang sama iaitu:
1. Hanya melatih otot yang mudah dibentuk
Jika kita melihat pada rak dumbell atau mesin press yang mana pasti dipenuhi ramai kerana arm dan chest adalah otot yang menjadi favourite rata-rata ahli gym. Bila ini berlaku kita akan melihat ruangan squat kosong dan sunyi.
Bukanlah ini menjadi kesalahan namun, jika ini berterusan anda akan mengalami ketidakseimbangan otot dan lebih berisiko untuk mengalami kecederaan. Latihan pergerakan akan membina keseluruhan otot badan bagi mengatasi masalah ini. Squat adalah satu latihan yang bagus untuk kestabilan badan dan penghasilan otot.
2. Hanya fokus pada kumpulan otot kecil
Persoalan di sini adalah anda boleh melakukan latihan arm selama 45 minit tetapi tidakkah lebih efisien jika anda melatih otot seluruh badan menggunakan masa itu?
Melatih keseluruhan otot badan juga lebih membakar kalori daripada anda memfokuskan sesuatu bahagian sahaja.
Satu lagi perbandingan yang saya ingin berikan. Mana lebih nagus antara anda mnghabiskan 30 minit pada mesin calves atau anda gunakan 30 minit itu untuk anda squat 5sets x 5 reps?
3. Terlampau kerap menggunakan mesin
Mesin amat bagus dalam membina otot. Namun jika anda newbies, bukan ini yang harus anda fokuskan tetapi adalah senaman teras badan. Otot teras dalam badan anda masih lagi belum dikerjakan dengan baik dan sistem saraf anda juga belum diaktifkan. Anda harus lakukan latihan pergerakan ini untuk mengaktifkan otot-otot dalam badan. Ini adalah rahsia tumbesaran otot yang tidak semua amalkan.
Di akhir setiap senaman barulah anda lakukan senaman mesin sebagai isolation. Cara ini lebih bagus dan selamat. Anda harus ingat bahawa mana mungkin anda membina 10 tuang rumah tanpa tapak yang kukuh.
Entri Oleh: Fakhrul Islam