Di dalam beberapa penulisan saya sebelum ini saya banyak menerangkan tentang panduan untuk berdiet termasuk cara mengira kalori pemakanan seharian dan juga tips-tips mudah untuk berdiet.
Untuk penulisan saya kali ini, saya ingin menerangkan sedikit tentang “Pengurusan Berat Badan (Weight Management)”
SOALAN 1:
COACH, DARI SEGI PENGURUSAN BERAT BADAN APAKAH KAEDAH UNTUK MENENTUKAN SAMAADA BERAT BADAN SESEORANG ITU ADALAH IDEAL (BIASA) ATAU BERLEBIHAN?
Ada beberapa kaedah yang biasanya digunakan didalam pengurusan berat badan dan yang paling sering digunakan adalah pengiraan Indeks Jisim Badan / Body Mass Index (BMI).
BMI adalah ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian.
Bagaimana untuk mengira BMI?
Untuk membuat pengiraan BMI hanya memerlukan berat dan ketinggian seseorang.
Contoh pengiraan BMI
- Ali : Tinggi 1.75m dan Berat 110 Kg
- 110 (kg) / (1.75 x 1.75)
- 110/3.0625
- 35.91
Berdasarkan pengiraan ini, BMI Ali adalah = 35.91
- Ahmad : Tinggi 1.75m dan Berat 75 kg
- 75 / (1.75 x 1.75)
- 75/3.0625
- 24.49
Berdasarkan pengiraan walaupun Ali dan Ahmad mempunyai ketinggian yang sama akan tetapi BMI Ali adalah 35.91 dan Ahmad adalah 24.49.
Seterusnya kita ingin tahu apakah makna angka BMI ini dan diantara Ali dan Ahmad, siapa kah yang lebih sihat?
Apakah klasifikasi BMI?
Berdasarkan klasifikasi BMI diatas,
- Ali dengan BMI 35.91 adalah kategori OBES
- Ahmad dengan BMI 24.49 adalah kategori Normal atau pun Ideal
Apakah berat badan Ideal?
Anda mempunyai berat badan Ideal sekiranya BMI anda adalah diantara 18.5 hingga 24.9
Kajian menunjukkan bahawa jangka hayat seseorang yang mempunyai BMI Ideal adalah lebih tinggi daripada seseorang yang mempunyai BMI yang lebih tinggi.
Apakah implikasi bila BMI seseorang itu didalam kategori berlebihan atau obes?
Kajian menunjukkan bahawa berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang. Ia boleh meningkatkan risiko kepada beberapa penyakit serius seperti penyakit jantung. diabetes, darah tinggi, angin ahmar dan sebagainya. Penyakit-penyakit serius ini dimasukkan didalam kategori penyakit NCD (non-communicable diseases).
Risiko berkaitan dengan masalah berat badan berlebihan ini adalah sangat jelas jadi apa yang perlu ditekankan adalah untuk seseorang itu untuk mencapai dan mengekalkan berat badan ideal melalui pemakan sihat dan aktiviti fizikal yang boleh membantu mencegah penyakit-penyakit yang disebut diatas.
Adakah pengiraan BMI paling tepat untuk menentukan tahap kesihatan seseorang?
Pengiraan BMI adalah indikator asas atau petunjuk awal bagi membuat saringan kesihatan. Dari segi pengurusan berat badan dan juga untuk saringan awal kepada risiko penyakit-penyakit yang berkaitan dengan berat badan berlebihan, ianya boleh diguna pakai.
Mengikut banyak kajian, telah terbukti kaitan diantara seseorang yang mempunyai BMI didalam kategori berat berlebihan atau kategori obes mempunyai risiko yang tinggi untuk pelbagai penyakit.
Di sini saya ingin tekankan bahawa penggunaan BMI sebagai indikator asas telah pun diguna pakai untuk tempoh yang lama dan terbukti berkesan.
Walau bagaimana pun pengiraan BMI bukan lah satu-satunya kaedah untuk menentukan tahap kesihatan seseorang. Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, ada beberapa kaedah lagi yang boleh digunakan dan ianya berdasarkan beberapa faktor lain.
Kesesuaian penggunaan BMI
Pengiraan BMI hanya sesuai bagi lelaki dan wanita dewasa yang berumur diantara 18 hingga 64 tahun.
Penggunaan BMI tidak digunakan atau pun TIDAK SESUAI didalam beberapa senario / situasi seperti berikut;
- Wanita yang mengandung atau menyusukan anak
- Seseorang yang rajin bersukan dan mempunyai jisim otot yang tinggi
- Kanak – kanak (bawah 18 tahun)
- Warga tua yang sudah mengalami kehilangan jisim otot
Faktor mempengaruhi BMI
Berat badan ideal atau tidak bukanlah ditentukan oleh kiraan BMI semata-mata. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kiraan BMI seseorang seperti berikut;
- Komposisi Badan – bagi mereka yang mempunyai jisim otot yang tinggi seperti atlet bina badan, pengiraan BMI adalah tidak sesuai kerana pengiraan BMI tidak dapat membezakan diantara berat lemak atau berat otot. Otot mempunyai kepadatan yang berbeza berbanding dengan lemak dan lebih berat dari lemak dan kebiasaannya athlet bina badan akan masuk didalam kategori berat berlebihan atau obes. Ini tidak bermakna bahawa atlet bina badan adalah obes dan tidak sihat
- Struktur tulang – individu yang mempunyai tulang yang padat dan berketumpatan tinggi atau struktur rangka yang besar akan memperolehi nilai BMI yang tinggi walaupun tidak obes.
Kaedah selain dari BMI?
Selain dari pengiraan BMI sebagai kaedah untuk menentukan tahap kesihatan seseorang, terdapat beberapa kaedah yang lain seperti keadah pengiraan Peratusan Lemak Badan (Percentage of body fat)
Penggunaan pengiraan peratusan lemak badan dapat menentukan komposisi badan seseorang itu dari jumlah peratusan lemak badan.
Kaedah ini juga boleh diguna pakai kerana memang terbukti bahawa peratusan lemak badan yang tinggi ada kaitan yang tinggi dengan risiko penyakit-penyakit serius seperti penyakit jantung. diabetes, darah tinggi, angin ahmar dan sebagainya. Penyakit-penyakit serius ini dimasukkan didalam kategori penyakit NCD (non-cummunicable diseases).
Saya akan terangkan lebih lanjut tentang penggunaan Peratusan Lemak Badan sebagai indikator kesihatan didalam penulisan saya saya akan datang.
Saya ingin mengulangi sekali lagi;
Faktor utama berjayanya diet / pengawalan berat badan adalah;
- Mudah dipraktik kan
- Dapat dikekalkan dan dilaksanakan untuk tempoh yang panjang
Setakat ini dulu untuk penulisan hari ini. Kita akan mendalami lagi tentang topik ini didalam penulisan seterusnya.. Insyaallah
“Stay Healthy, Fit & Strong”
Bob Harun, CPT, CFR, CFI, ToT
“Pencinta & Pengongsi ILMU”
“Fitness Advocates & Educator”