Inilah yang berlaku kepada salah seorang veteran bina badan, Bola Ojex, ketika hanya tinggal lagi 6 minggu sahaja untuk sampai ke hari pertandingan NY Pro.
Antara benda yang paling digeruni atlit bina badan ialah kecederaan, terutamanya ketika semakin hampir dengan competition. Malangnya, Bola Ojex terpaksa akur dengan takdir.

Kecederaan sebegini memerlukan pembedahan untuk penyambungan semula. Tendon kepada otot quadriceps Bola Ojex putus pada kedua-dua kaki, satu putus separa, dan satu putus sepenuhnya!
Ketika orang lain sedang berusaha untuk perbaiki dan menambahkan lagi kualiti physique mereka, Bola Ojex kini terpaksa masuk ke fasa rest dan recovery bagi memberi peluang kakinya untuk pulih.
Kecederaan sebegini pernah berlaku juga kepada salah seorang atlit Mr Olympia iaitu Branch Warren di mana tendonnya juga terputus tetapi bukan disebabkan squat. Tendonya terputus ketika beliau sedang berjalan dan terpijak lopak, tak berkait langsung dengan senaman!
Bagaimanakah kecederaan sebegini boleh berlaku dan apa yang anda boleh buat untuk mengelaknya daripada terjadi kepada diri anda?
Otot kita lebih mudah kuat berbanding struktur jirannya (sendi, tendon, dan lain-lain). Lebih-lebih lagi bagi pengguna “bahan bantuan”, sememangnya otot akan overpower kekuatan struktur ini.
Jadi, apa yang berlaku ketika angkat berat ialah, memang otot boleh menolak bebanan berat tersebut, tetapi struktur untuk supportnya tidak cukup kuat. Ibarat bawa motor modify, CC dah tinggi sebab tukar block besar tapi pakai tayar sotong. Boleh jer jalan dan bawa laju (macam pelesit), tapi bila-bila masa sahaja boleh tersilap langkah.
Jaga keselamatan anda semasa berlatih. Fokus kepada teknik yang betul dan gunakan bebanan yang mencabar tapi selamat untuk anda.