Berlatih punya berlatih, badan memang naik. Yang kurus semakin sado, yang gemuk semakin lean. Baguslah begitu. Tapi, sampai satu masa, badan dah macam tak mahu naik. Kenapa, ya?
Kenaikan otot anda akan TERHENTI kalau anda hanya berlatih guna rep dan bebanan yang sama! Ini adalah asas kepada latihan iaitu adaptability.
Anda kena selang-selikan dengan beban rendah/tinggi rep dan beban tinggi/rendah rep untuk mengaktifkan kesemua gentian otot. Kemudian, anda kena sentiasa cabar otot anda untuk buat latihan yang lebih susah, samada tambah bebanan, rep, ataupun set.
Ada dua jenis gentian otot, iaitu; gentian slow-twitch dan fast-twitch. Yang memberi ketahanan adalah slow-twitch manakala saiz datang daripada latihan gentian fast-twitch. Anda kena fokus pada fast-twitch untuk saiz tapi ini tak bermakna anda boleh tinggalkan slow-twitch.
1- Frekuensi (berapa kali berlatih seminggu)
2- Intensiti (kesusahan dan beban yang digunakan)
3- Isipadu (berapa jumlah rep dan set keseluruhan)Jangan lupa dapatkan kalori yang cukup untuk bina otot! 40-44kcal per kilogram berat badan sudah memadai. Cuba guna whey dari Superior 14 (Iso Pro Zero) untuk naikkan otot dengan kenaikan lemak minima!