Peraturan pemakanan: Bakar Kalori Dengan Cepat

Artikel kali ini amat sesuai untuk sesiapa yang ingin turunkan berat badan tetapi tidak tahu peraturan pemakanan yang asas. Saya akan kongsikan peraturan pemakanan yang asas bagi sesiapa yang ingin turunkan berat tidak kira wanita atau lelaki.

1. Jangan skip sarapan

Wajibkan sarapan dan pastikan dalam sarapan mengandungi karbohidrat dan protein. Karbohidrat di pagi hari membantu membekalkan tenaga yang cukup sepanjang hari agar proses pembakaran kalori dapat berjalan. Manakala protein diperlukan bagi membina tisu-tisu otot yang baharu. Dengan menggabungkan keduanya, badan dapat menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membakar kalori dengan baik. Antara sarapan yang baik adalah oatmeal, telur, pisang dan bijirin.

2. Makan 6-8 kali sehari

Anda tidak perlu risau tentang kegemukan walaupun jumlah kekerapan anda makan itu banyak. Pastikan hidangan anda itu sedikit sahaja tetapi mengandungi protein dan fibre. Contohnya, ayam dan sayur, capati dan dhal, salmon dan brokoli. Dengan kekerapan makan dan sedikit kuantiti hidangan ini penghadaman anda akan lebih lancar seterusnya membantu meningkatkan metabolisma badan yang mendorong kepada pembakaran lemak.

3. Makan setiap 3 jam

Makan setiap 3 jam sebenarnya membantu anda menstabilkan darah dan mengelakkan keadaan yang sentiasa lapar kerana bila anda lapar anda akan overeating. Selain itu, ia membantu mengurangkan simpanan lemak dan menjadikan metabolisma sentiasa dibakar tinggi.

Ini kerana apabila anda kurang kekerapan makan, metabolisma badan akan menjadi perlahan dan menyebabkan anda lapar yang sangat. Apabila keadaan ini berlaku, itulah punca anda akan mengambil makanan yang tidak sihat dan memakan secra berlebihan.

Entri Oleh: Fakhrul Islam

Komen Facebook