Perbezaan Antara Whey Concentrate Dan Isolate

Untuk supplement whey, ramai menggunakannya apabila mereka ingin mendapatkan badan yang lebih lean. Bezanya whey dengan mass ialah kandungan kalori yang berbeza. Mass mempunyai kandungan kalori yang tinggi berbanding whey.

Untuk whey, kita ada 3 jenis whey yang berbeza:

  • Concentrate
  • Isolate
  • Hydrolyzed

Ramai mengambil jenis concentrate dan isolate, jenis hydrolyzed pula jarang diambil kerana berkos tinggi. Beza pada ketiga-tiga jenis whey ini ialah pada kadar penyerapan. Hydrolyzed mempunyai kadai penyerapan paling cepat, manakala jenis isolate jatuh pada tangga kedua, dan concentrate di tangga terakhir dalam keluarga whey ini.

Dari segi keberkesanan pula, kesemua jenis whey bagus untuk bina badan. Selagi mana anda dapat keperluan protein yang mencukupi, anda akan mendapat hasil yang baik. Bina badan perlukan kepada penjagaan makan dan latihan yang mantap. Tujuan anda menggunakan supplement protein adalah untuk mencukupkan keperluan tersebut.

Jika anda mampu dapatkan protein jenis hydrolyzed, maka silakan. Jika tidak, gunakan sahaja jenis yang lain. Iso Pro Zero daripada Superior14 dan Whey Core juga bagus serta sangat bernilai ekonomi!

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook