Biasanya, anda anda akan dengar 2 jenis protein yang digunakan oleh abang-abang sado semua iaitu whey dan mass. Apakah perbezaan antara kedua-dua ini?

 

Whey

Whey adalah produk daripada susu dan ia sangat tinggi protein yang berkualiti tinggi untuk membina badan. Kandungan kalorinya bergantung pada jenis whey. Ada yang jenis concentrate, ada yang jenis isolate, dan ada juga jenis hydrolyzed. Kebiasaannya, orang akan mengambil sama ada concentrated atau isolate kerana harganya lebih mampu milik. Rata-ratanya mempunyai 20-25 gram protein untuk setiap skop. Whey sesuai digunakan oleh mereka yang hendak menurunkan berat badan atau menaikkannya tanpa penjejasan kalori yang begitu drastik.

 

Mass

Mass pula merupakan campuran whey dengan karbohidrat, menjadikannya supplement protein yang tinggi kalori. Itu sahaja sebenarnya beza antara mass dengan whey, iaitu pada kandungan kalori. Ada juga mass yang mempunyai campuran testosterone booster seperti Superior Mass daripada Superior14. Mass sesuai digunakan oleh mereka yang kekurangan makan, lebih-lebih lagi kalau mereka ingin naikkan berat badan.

 

Hakikatnya, anda boleh gunakan kedua-duanya untuk bulking dan cutting selagi mana anda handal mengawal kalori.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)